Apa Tawar Menawar Mahathir – Nurul Izzah Di London?

Bnbbc – Apakah keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri semata-mata mahu memastikan dua pemimpin utama PPBM mendapat tempat utama dalam Kabinet Pakatan Harapan jika menang PRU14?

Dua pemimpin itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Mahathir sendiri, Datuk Seri Mukhriz.

Persoalan ini mula timbul dikalangan sesetengah pemimpin pembangkang ekoran pertemuan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan Mahathir di London, baru-baru ini.

Mereka berpendapat tentu ada sesuatu yang menyebabkan Mahathir membuat pusingan U, menerima bekas musuh politiknya sebagai perdana menteri.

Selain jawatan di dalam kabinet, Mahathir juga didakwa mahu menguasai PH dan ini diakui beliau dengan alasan kononnya ia hanyalah keputusan ‘tawar-menawar’.

Bagaimanapun, penasihat PPBM itu menolak dakwaan bahawa beliau mahu memonopoli PH

“Tak ada. Tiada monopoli. Kita bincanglah. Macam jual barang. Pertama kita minta harga tinggi, kemudian kamu beri dan putuskanlah,” katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mendedahkannya jawatan-jawatan tersebut .

“Ini adalah perkara dalaman, kita akan bincang, kemudian kita akan buat keputusan,” katanya.

Muhyiddin juga menafikan bahawa parti itu memonopoli jawatan tertinggi dalam PH

“Seorang atau dua yang dinamakan itu tidak bermaksud monopoli, tidak ada satu pihak boleh memonopoli kerana kita mengamalkan dasar-dasar yang saksama, jadi tanggapan itu bagi saya tidak betullah,” kata Presiden PPBM.

Mungkin seorang dua dimaksudkannya adalah beliau dan Mukhriz

Difahamkan Dr Mahathir sendiri dicadangkan pengerusi PH, kemungkinan sebagai pertukaran persetujuannya menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Walaupun Dr Mahathir dan Nurul Izzah menafikan ada membincangkan isu jawatan di dalam PH sebaliknya hanya berkaitan struktur PH, namun adalah sukar mempercayainya.

Menariknya, apa reaksi DAP dan PAn dalam soal jawatan di dalam PH dan kabinet pembangkang ini .

Advertisements

2 thoughts on “Apa Tawar Menawar Mahathir – Nurul Izzah Di London?

  1. Sebenarnya Mahahtir dah tak ada jalan lain ,utk mendapat sokongan,maka terpaksa membodek dan membela Anwar ,walau pun ianya merupakan perbuatan seperti meludah muka sendiri.Siasatan RCI sangat membimbangkan Mahathir,kalau boleh dia mahu selepas ini penyokong Anwar akan memulakan kembali demonstrasi jalanan utk membebaskan Anwar dan dialah yg akan kedepan bersama.Dengan berdemonstrasi ,beliau akan di anggap sebagai pejuang,sama seperti Anwar mengunakan cara tersebut utk menutup perbuatan sodominya.

    Like

  2. Walaupun nampaknya Tun M lebih cerdik, namun jgn lupa kesengsaraan Anwar setelah dihumban ke penjara ketika era tu tidak akan dilupakan begitu sahaja. Dendam pasti ada, andai setelah mereka berjaya menguasai kerajaan, adakah Tun M akan rasa selamat? Banyak rahsia yg Anwar genggam, memastikan Tun M ditangkap dan disumbat ke penjara mungkin agenda utama selepas keluar penjara. Masanya akan tiba, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s