CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah

ALOR SETAR: Kepemimpinan DAP perlu patuh dan tidak bersikap angkuh dengan mematuhi arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, berkata beliau sememangnya sudah mengetahui masalah yang berlaku malah turut membangkitkan isu terbabit berbulan-bulan bagi menyelamatkan DAP di Kedah.

Katanya, keputusan ROS yang mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC adalah mengikut undang-undang yang adil.

“Kepemimpinan DAP dan CEC jangan angkuh dan degil kerana ROS sudah nyatakan keputusan. Buatlah pemilihan semula dan kali ini lakukan dengan telus supaya hak ahli terbela.

“Tindakan ROS ini bukanlah disengajakan untuk menyusahkan DAP tetapi ia adalah hasil siasatan yang dilakukan secara adil maka hormatilah arahan terbabit.

“Bagi kepemimpinan DAP Kedah yang dilantik CEC pada 2013, berundurlah secara terhormat kerana keputusan yang dibuat ROS jelas menunjukkan lantikan terbabit tidak sah,” katanya yang dihubungi BH.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, hari ini bahawa ROS akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu.

Empat tahun lalu, DAP Kedah berdepan kemelut dua `kapal’ berbeza selepas Guan Aik, diarah melepaskan jawatan berkenaan bagi memberi laluan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, yang dilantik CEC DAP ketika itu.

Tindakan CEC yang dianggap melangkaui pengesahan ROS, Guan Aik yang dilantik secara sah dalam mesyuarat agung DAP 2008 dengan mengikut perlembagaan kemudian menghantar dua surat kepada ROS, termasuk pada 3 Oktober 2013, supaya agensi berkenaan menyiasat perkara itu.

Guan Aik berkata, beliau akan memanggil semua kepemimpinan DAP Kedah yang disingkirkan CEC yang dipimpin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bagi membincangkan perkara ini.

“Saya harap apabila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ketiga ini selepas AGM yang berlangsung pada 2012 dan 2013 mengalami kepincangan diadakan semula, ROS perlu menjadi badan pemerhati utama supaya ia berlangsung dengan telus,” katanya – bharian





Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s