PAP Desak RoS Batalkan Pendaftaran DAP

GEORGE TOWN – Parti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran parti DAP, bukannya meminta parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Naib Presiden PAP, Rahmad Isahak berkata keputusan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC disifatkan sebagai tidak setimpal dengan krisis yang ditimbulkan parti itu sehingga mengelirukan rakyat.

“Kita menunggu siasatan selesai hampir empat tahun dan keputusan ini tidak adil… Mereka (DAP) seharusnya dihukum dengan membatalkan penubuhan parti itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas arahan ROS supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata ROS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Sementara itu Rahmad berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng harus bertanggungjawab terhadap dakwaan melakukan pelbagai kesalahan dan pelanggaran undang-undang pertubuhan dalam tempoh empat tahun lepas.- BERNAMA

Advertisements

2 thoughts on “PAP Desak RoS Batalkan Pendaftaran DAP

  1. RoS takkan berani batalkan pendaftaran DAP walau dah terang2 melanggar peraturan… RoS hanya berani ambil tindakan tegas kpd parti2 kecil je…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s