Dr Tan Seng Giaw Marah Disingkir CEC 2012

AIDCNews -11/07/17 –Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw naik berang apabila terdapat konpirasi terancang mengalahkan beliau dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada tahun 2012.

“Apabila keputusan diumumkan, ahli senior DAP, Dr Tan Seng Giaw menjadi marah dan membuat kecaman secara terbuka bahawa terdapat penipuan dan manipulasi undi.

“Ramai perwakilan dan calon-calon CEC terkejut bagaimana Anthony Loke, Vincent Wu dan Tony Pua mendapat undi yang begitu tinggi mengatasi mereka yang lebih senior dan mempunyai penyokong yang ramai seperti Teng Chang Kim, Boo Cheng Hau dan Chow Kon Yeow. Mereka merasakan ini satu keputusan yang tidak masuk akal,” dedah DAP Insider dalam pendedahan bertajuk “Bermulanya penipuan dalam CEC ke-16

Dr Tan Seng Giaw adalah salah seorang tokoh DAP yang termasuk dalam ‘inner circle’ keluarga Lim dan beliau termasuk dalam kumpulan lima harimau iaitu Teng Chang Kim (Selangor), Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Boo Cheng Hau (Johor), Nga Kor Ming (Perak) dan Ngeh Koo Ham (Perak)

DAP Insider mendedahkan keluarga Lim melalui dua konco mereka Anthony Loke dan Tony Pua telah ditugas untuk memanipulasi undi bagi memastikan kumpulan anti-Lim tewas dalam pemilihan itu.

“Kebiasaanya keputusan pemilihan CEC yang sebelum itu akan diumumkan sekitar jam 5 atau 6 petang. Bagaimanapun untuk CEC ke 16 ianya berlaku kelewatan yang ketara.

“Ini disebabkan pasukan Anthony Loke dan Tony Pua memerlukan masa yang panjang untuk membahagi-bahagikan 7658 undi yang dikosongkan oleh 547 perwakilan haram supaya ianya nampak logik dan tidak dipertikaikan oleh perwakilan yang sah.

“Akhirnya keputusan CEC diumumkan menjelang jam 9 malam. Keputusannya sama seperti yang dirancangkan oleh Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua,” dedahnya.

Keputusan pemilihan CEC yang diumumkan adalah seperti berikut :

1. Lim Kit Siang – 1,607 undi

2. Lim Guan Eng – 1,576 undi

3. Karpal Singh – 1,411 undi

4. Chong Chieng Jen – 1,211 undi

5. Anthony Loke Siew Fook – 1,202 undi

6. Vincent Wu Him Ven – 1,202 undi

7. Tan Kok Wai – 1,199 undi

8. Gobind Singh Deo – 1,197 undi

9. Tony Pua Kiam Wee – 1,162 undi

10. Teng Chang Khim – 1,152 undi

11. Fong Kui Lun – 1,137 undi

12. Nga Kor Ming – 1,075 undi

13. Chong Eng – 1,006 undi

14. Chow Kon Yeow – 986 undi

15. Liew Chin Tong – 984 undi

16. Kulasegaran Murugeson – 984 undi

17. Boo Cheng Hau – 958 undi

18. Teresa Kok Suh Sim – 925 undi

19. Teo Nie Ching – 903 undi

20. Ngeh Koo Ham – 824 undi

Hanya 20 teratas dapat masuk CEC

21. Zairil Khir Johari – 803 undi

22. Tan Seng Giaw – 802 undi

DAP Insider mendedahkan manipulasi undi dilakukan oleh keluarga Lim selepas Anthony Loke dan Tony Pua menghantar laporan bahawa kedudukan lima harimau berada di lima teratas berbanding dengan Kit Siang di tempat ke-11 dan Guan Eng di tempat ke-13.

Oleh itu, keluarga Lim telah melaksanakan tujuh taktik kotor dalam memanipulasikan undi tersebut dedah DAP Insider.

1.Mengeluarkan notis kepada perwakilan untuk memanggil Kongres Kebangsaan dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ianya dilakukan secara senyap supaya tidak menarik perhatian orang dalam dan luar parti.

2.Notis hanya diberikan kepada 1726 orang perwakilan dari cawangan Sijil A yang telah dikenal pasti sebagai orangnya. Jumlah keseluruhan perwakilan adalah 2576 orang. Sebanyak 1300 perwakilan yang dikenal pasti menentangnya tidak diberikan notis.

3.Notis turut diberi kepada 547 orang perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua yang mana 547 orang itu adalah orang-orang yang boleh mengikuti arahan mereka.

4. Perwakilan tidak dibekalkan senarai 2576 orang yang layak mengundi pada hari berkenaan. Sedangkan perlembagaan menetapkan setiap perwakilan perlu diberikan senarai perwakilan-perwakilan yang layak mengundi untuk memilih CEC.

5.Lim Guan Eng melantik pembantu setia bapanya, Pooi Weng Keong sebagai pegawai pengurus pemilihan.

6.Tempat mengundi dan kotak undi berasingan untuk 547 perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua. Satu laluan khusus telah disediakan untuk perwakilan haram ke tempat pengundian supaya tidak disedari oleh perwakilan lain dan kumpulan Lima Harimau.

7.Perwakilan haram hanya diminta mengundi enam nama sahaja, sepatutnya mereka perlu mengundi 20 nama untuk mengisi CEC. Mereka hanya diminta untuk mengundi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke dan Vincent Wu. Selebihnya 14 nama lagi akan ditandakan oleh pasukan yang diketuai Anthony Loke dan Tony Pua.

Perkara sama turut didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam rencana bertajuk “Kit Siang Perlu Menipu Untuk Terus Bertahan

“Kit Siang meminta Anthony Loke Siew Fook untuk melakukan kajian. Dua bulan kemudian, laporan itu menunjukkan bahawa populariti Kit Siang dan Guan Eng telah menurun dan Tan Seng Giaw muncul menjadi pemimpin yang paling popular dalam DAP.

“Tan Seng Giaw pertama kali bertanding pilihan raya umum di Kepong pada tahun 1978 tetapi kalah tipis. Pada pilihan raya umum seterusnya pada tahun 1982, beliau menang dan telah memenangi kerusi itu untuk lapan pilihan raya umum lalu, setiap kali dengan majoriti yang semakin meningkat. Pada pilihan raya umum sebelum ini pada tahun 2013, Seng Giaw memenangi 82.30% undi.

“Tiada siapa dalam DAP yang telah dapat mengalahkan rekod Seng Giaw, yang sangat popular dengan akar umbi DAP dan juga popular dengan orang Melayu kerana fasih bertutur Bahasa Melayu di mana beliau juga bercakap seperti orang Kelantan. Seng Giaw juga popular dengan musuh-musuh DAP kerana beliau dilihat bercakap secara langsung dan adil – cara yang sama dengan Lee Lam Thye.

“Dan itu menjadikan Seng Giaw berbahaya kepada Kit Siang dan Guan Eng dan dengan itu perlu dibunuh.

“Sebab mengapa RoS tidak meluluskan pemilihan parti DAP ke-15 pada Disember 2012 adalah kerana banyak aduan daripada ahli-ahli DAP, termasuk dakwaan lewat hantar notis, yang melanggar perlembagaan parti, dakwaan perwakilan tidak layak yang dibenarkan untuk mengundi, undi penipuan, dan keraguan terhadap pengiraan undi – yang menyebabkan kesilapan Excel mereka yang terkenal itu selepas keputusan pemilihan CEC diumumkan,” dedahnya.

Menurut RPK, jika tiada manipulasi undi Seng Giaw mendapat tempat pertama dengan 1,955 undi; Teng Chang Khim, tempat kedua dengan 1,905 undi diikuti dengan Nga Kor Ming, Boo Cheng Hau dan Ngeh Koo Ham.

“Sebaliknya, Lim Kit Siang, (nombor satu dengan 1,607 undi) dan Lim Guan Eng (nombor dua dengan 1,576 undi) sepatutnya hanya menang 1,060 undi dan 1,029 undi masing-masing. Ini akan meletakkan Kit Siang di tempat ke-17 dan Guan Eng di tempat ke-18. Dan itu bermakna musuh Kit Siang dan Guan Eng (Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau) semuanya akan berada dalam kedudukan sepuluh teratas manakala bapa dan anak itu akan berada di bahagian lima terakhir.

“Pendek kata, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sepatutnya bersara manakala panglima perang baru yang akan muncul dalam DAP akan menjadi Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau yang diketuai oleh Tan Seng Giaw,” dedahnya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s