G.Asoghan : Perlu Patuh Arahan RoS, Bukti Kit Siang Tidak Takut Dengan Pengaruh Dr Tan Seng Giaw

BUTTERWORTH: Seorang bekas pengerusi cawangan DAP meminta penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya mengadakan dan bertanding dalam pemilihan semula parti itu seperti yang diarahkan RoS untuk membuktikan beliau tidak gentar terhadap Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw.

G.Asoghan, yang sebelum ini mengetuai cawangan Bagan Luar, berkata Kit Siang mesti menunjukkan kepada semua anggota DAP bahawa beliau tidak gentar pada Tan dengan mengadakan pemilihan semula yang adil menggunakan senarai bertarikh 15 Dis 2012, membariskan 2,576 anggota daripada 865 cawangan.

“Kami percaya pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 2012 telah dimanipulasi supaya Tan boleh disingkirkan oleh kerana Kit Siang tahu bahawa Tan lebih baik daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata DAP mesti mengadakan pemilihan semula untuk memberi kuasa kepada perwakilan memilih CEC baharu dan memberi peluang kepada mereka yang kalah sebelum ini untuk bertanding sekali lagi.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Datuk Mohammad Razin Abdullah, dalam satu kenyataan, berkata pendaftaran DAP tidak akan dibubarkan tetapi parti itu mesti mengadakan pemilihan semula 20 anggota CEC susulan aduan daripada sesetengah anggota parti berhubung manipulasi undi.

Asoghan berkata DAP tidak harus menyalahkan RoS kerana mengeluarkan arahan itu memandangkan jabatan berkenaan hanya menjalankan tugasnya.

“Aduan diterima daripada anggota DAP dan kami percaya 68 calon yang bertanding dalam pemilihan 2012 mungkin mahukan pemilihan CEC baharu,” katanya.

Beliau menyifatkan sebagai tidak profesional tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang dilaporkan mengkritik arahan RoS itu sebagai kurang jelas serta bermotifkan politik.

“Jika senarai perwakilan pada 2012 berubah selepas empat tahun, DAP boleh mengemukakan bukti untuk menunjukkan bahawa ada anggota parti yang telah pun keluar daripada DAP atau meninggal dunia. Ini bukan suatu masalah besar dan pemilihan baharu masih boleh diadakan,” katanya.– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s