Keluarga Lim Main Wayang, Sudah Tahu RoS Tidak Iktiraf CEC DAP Sejak Tahun 2013

AIDCNews -11/07/17 –Keluarga Lim didakwa bermain wayang, pura-pura terkejut apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), sedangkan mereka sudah mengetahui sejak dari tahun 2013 lagi.

Lim Sian See mendedahkan dua perkara yang membuktikan keluarga Lim sudah mengetahui RoS tidak mengiktiraf pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, iaitu sepucuk surat RoS kepada Pengerusi DAP Kedah dan jawapan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Anthony Loke di Parlimen pada Oktober 2015.

Dalam sepucuk surat kepada Lee Guan Aik bertarikh 4 Disember 2013, RoS memberitahu beliau merupakan Pengerusi DAP Kedah yang sah dan pelantikan Zairil Khir Johari bagi menggantikannya yang dilakukan CEC pusat tidak sah kerana belum diiktiraf lagi.

Pada Oktober 2015, Menteri Dalam Negeri memberitahu DAP bahawa RoS masih meneliti pemilihan semula CEC yang dilakukan parti itu pada 29 September 2013 dan belum membuat apa-apa keputusan berkaitan dengannya.

Selain dua bukti di atas, Lim Sian See melampirkan beberapa pautan lain berkaitan isu tersebut.

Sehari sebelum pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, The Star melaporkan RoS telah memberi amaran kepada DAP agar tidak melanggar pelembagaan yang dirangka sendiri parti itu.

“Selaras dengan perlembagaan DAP, pemilihan pusat perlu diadakan dalam Kongres Kebangsaan dengan notis 10 minggu diberikan kepada cawangan dan perwakilan.

“Jika DAP berkeras mahu mengadakan pemilihan baharu pada hari Ahad (29 September 2013) dalam Kongres Khas, mereka perlu menukar perlembagaan parti mereka terlebih dahulu,” kenyataan RoS dipetik.

Advertisements

One thought on “Keluarga Lim Main Wayang, Sudah Tahu RoS Tidak Iktiraf CEC DAP Sejak Tahun 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s