DAP Beri Bayangan Bakal Adakan Pemilihan Semula

AIDCNews -13/07/17 – Dua pemimpin kanan DAP tidak menolak kemungkinan pemilihan semula kerana bimbang pendaftaran parti dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Teresa Kok, dalam menggambarkan kedudukan yang tidak menentu itu, berkata: “Kami tidak mengatakan bahawa kami tidak akan mengadakan pemilihan semula.

“Adakah kita mempunyai pilihan untuk tidak mengadakan satu pemilihan?

“Jika mereka (RoS) membatalkan pendaftaran kita, bukankah itu lebih buruk?” Katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 7 Julai, RoS telah mengarahkan parti itu untuk mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) selepas memutuskan pemilihan 2013 sebagai tidak sah.

Teresa menegaskan bahawa DAP, bagaimanapun, perlu menerima surat rasmi daripada ROS sebelum memutuskan langkah seterusnya.

Semalam, Ketua Biro Perundangan DAP, Gobind Singh Deo memberi ROS 48 jam untuk mengemukakan atau berdepan risiko tindakan undang-undang.

Apabila ditanya sama ada DAP bimbang pemilihan semula itu boleh mengakibatkan kritikan awam, beliau mengulangi bahawa parti itu tidak mempunyai pilihan.

“Sekiranya anda mahu wujud, anda mesti mengikut aturan dan peraturan, kami (DAP) tidak takut dikritik oleh orang lain,” kata Teresa yang juga MP Seputeh, sambil menambah, sekiranya DAP runtuh, ia tidak akan memanfaatkan sesiapa pun

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga menyuarakan kemungkinan pemilihan semula diadakan.

Belum ada sebarang keputusan dibuat, katanya kepada Malaysiakini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s