Kempen ”KOKS” : Punca Kit Siang & Karpal Singh Kalah PRU 1999

AIDCNews -13/07/17 –Kemaraan Lim Kit Siang dan kroninya, Karpal Singh menguasai DAP tidak disenangi oleh aktivis-aktivis parti-partinya sendiri.

Kit Siang dituduh menggunakan kedudukannya selaku Setiausaha Agung untuk mencari kawasan-kawasan selamat bertanding; Kota Melaka (1974–1978) Petaling (1978–1982) Kota Melaka (1982–1986) dan Tanjong, Pulau Pinang selama tiga penggal (1986–1999).

Dia juga dituduh menyalahgunakan instrumen parti-The Rocket- untuk menyelamatkan imejnya, anaknya, Lim Guan Eng yang dihukum penjara kerana memfitnah.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Teoh Teik Huat mengerakkan kempen dengan slogan “32 Is Enough” (Cukuplah 32).

Semua orang sedar slogan itu ditujukan khusus kepada Kit Siang. Di sebalik keputusan Kit Siang untuk kembali ke Pulau Pinang, DAP telah “mengorbankan” beberapa pemimpin parti peringkat negeri

Pada 3 Jun 1998, CEC melucutkan jawatan Naib Pengerusi kebangsaan Liew Ah Kim yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Setiausaha Publisiti, Wee Choo Keong dan Bendahari Fung Ket Wing.

Wee dipecat pada 12 Julai dan Liew dan Fung digantung keahlian parti.

Liew ketika itu ahli Parlimen Seputeh, manakala Fung dan Wee masing-masing merupakan bekas ahli Parlimen Sandakan dan Bukit Bintang.

Wee didakwa mengkritik pemimpin parti yang menggunakan majalah parti The Rocket untuk memberi publisiti terhadap kempen Sokong, Simpati dan Perpaduan Untuk Guan Eng.

Ketiga-tiga dikenakan tindakan kerana tidak menunjukkan minat terhadap kempen “Simpati, Sokong dan Perpaduan” untuk Guan Eng yang juga anak Kit Siang yang baru-baru ini didapati bersalah oleh mahkamah kerana menerbitkan berita palsu dan menghasut orang ramai.

Guan Eng ketika itu adalah Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY).

Wee dipecat kerana menuduh wujudnya amalan nepotisme di kalangan pemimpin tertinggi parti dan menuduh Setiausaha Agung, Kit Siang cuba menguasai parti,

Beliau juga turut dituduh mempertikaikan tindakan Kit Siang untuk kembali ke Pulau Pinang sedangkan selepas pilihan raya 1995 beliau dengan terang mengatakan untuk tidak kembali aktif dalam parti.

Selepas penggantungan trio itu, banyak isu didedahkan. Karpal mendakwa terdapat satu pakatan sulit yang bergerak selama setahun bagi menumbangkan Kit Siang dan dirinya sendiri menggunakan kod ‘KOKS’ (Knock Out Kit Siang) dan (Knock Out Karpal Singh).

Teoh Teik Huat dan Gooi Hock Seng yang dikaitkan dengan kempen KOKS meletakkan jawatan pengerusi dan Naib Pengerusi DAP negeri.

Karpal Singh mengumumkan Setiausaha DAP Negeri Chow Kon Yeow dilantik sebagai pengerusi negeri menggantikan Teoh.

Pada ketika itu, gelora melanda kubu kuat DAP di Pulau Pinang. Apabila Kit Siang menarik balik hasrat untuk bersara dari arena politik Pulau Pinang seperti diumumkan pada 1995, pemimpin-pemimpin DAP negeri terkejut.

Mereka tidak setuju Kit Siang kembali selepas mereka berusaha memulihkan semula imej parti. Bagi mereka, Kit Siang tidak perlu berpatah balik.

Lebih parah, mereka dituduh terlibat dalam kempen menyingkirkan Kit Siang (KOKS).

Sebelum kehadiran Kit Siang, merekalah menjadi jentera utama yang menggerakkan parti di Pulau Pinang. Turut sama meletak jawatan ialah Pengerusi Biro Pendidikan dan Politik Negeri K. Balasundaram dan pemimpin pemuda, Teh Beng Hai.

Kit Siang mengakui kempen KOKS cuba menamatkan karier politiknya lebih awal tetapi menyerahkan keputusan itu kepada perwakilan hari ini.

“Saya bersedia untuk berundur daripada memimpin DAP dengan pelbagai jawatan sejak 32 tahun lalu, sebagai setiausaha organisasi kebangsaan dan editor Rocket dalam tahun 1966 dan dilantik sebagai setiausaha agung pada Oktober 1969,” katanya.

Akibat kempen itu Kit Siang dan Karpal menang dalam pemilihan CEC 1998, namun kedua-dua tewas dalam PRU 1999, Kit Siang kalah di Parlimen Bukit Bendera dan Karpal tewas di Parlimen Jelutong, Pulau Pinang

Advertisements

2 thoughts on “Kempen ”KOKS” : Punca Kit Siang & Karpal Singh Kalah PRU 1999

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s