Tun Mahathir Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan

AIDCNews -13/07/17 –Menepati ramalan, Presiden PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya disahkan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden gabungan pembangkang itu.

Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan.

Senarai pelantikan itu bukan merupakan satu kejutan kerana ia telah dilobi oleh PAN dan DAP sejak sebulan yang lalu.

Dr Mahathir yang membaca senarai jawatankuasa itu turut megumumkan tiga timbalan presiden.

“Mereka adalah Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

“Jawatan naib presiden disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chien Jen dan Salahuddin Ayub,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Nama Lim Kit Siang tidak disenaraikan dalam penjawatan Pakatan Harapan itu.

Memang sudah menjadi taktik lazim DAP, khususnya Kit Siang akan bersembunyi di sebalik watak-watak Melayu bagai menghadapi PRU 14 kerana DAP sudah tahu keuntungan politik jangka panjang yang bakal diperolehi parti itu pada PRU itu.

Sebagai ahli politik veteran, Kit Siang sudah tahu struktur Pakatan Harapan bukan mencerminkan kedudukan kerusi yang bakal di menangi parti-parti pembangkang pada PRU 14 nanti.

Advertisements

One thought on “Tun Mahathir Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan

  1. Susunan ini memang nampak boleh mengabui dan mempengaruhi pengundi Melayu ,terutama bagi mereka yg tidak kenal dengan siapa Mahathir ,siapa Anwar dan DAP sebenarnya.Saya percaya kalau mereka bergerak lama dan secara tersusun dan terus menyerang PM Najib dgn fitnah yg berutubi-tubi seperti sekarang ,barangkali PM Najib boleh tersungkur,kerana trand rakyat memang bias dan mudah utk mempercayai bahawa pemimpin kerajaan adalah ‘korup’.PM Najib tidak seharusnya merasa diri beliau kebal selamnya ,dan eloklah bertindak memanggil PRU pada tepat masanya,bukan berlengah lengah dgn mengharapakan populeritinya semakin bertambah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s