Tun M: Mula Proses Bebas Anwar Seminggu Bentuk Kerajaan

PETALING JAYA: Pakatan Harapan komited terhadap proses membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dalam tempoh seminggu membentuk kerajaan yang akan datang.

Hasrat itu diumumkan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri yang memimpin negara selama 22 tahun.

Dr Mahathir berkata, ia akan mengikut proses perundangan permohonan pengampunan diraja bagi membebaskan Anwar yang dipenjara kerana kes liwat.

“Kita akan tunggu perundangan untuk melakukannya, bukan serta-merta kerana perdana menteri yang mengambil alih perlu melakukan banyak perkara,” katanya pada sidang media, awal pagi Jumaat selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR.

Beliau berkata demikian sekiranya Anwar akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Anwar berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir selama lima tahun sebelum dipecat pada 1998.

Anwar, 69, dipenjara lima tahun kerana didapati bersalah melihat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Beliau ketika ini dipenjara di Penjara Sungai Buloh.

Ditanya siapa yang akan dipilih Pakatan Harapan bagi memegang jawatan perdana menteri, Dr Mahathir berkata, mereka akan mengumumkannya tidak lama lagi – The Star

Advertisements

2 thoughts on “Tun M: Mula Proses Bebas Anwar Seminggu Bentuk Kerajaan

  1. Setelah penat berjuang berkempen memburukkan DSAI melalui NGO tajaannya akhirnya semua perjuangan ditongsampahkan. Ramai yg terpengaruh waktu dulu kini makin hilang kepercayaa. Disini kita boleh nilai sendiri tahap keikhlasan atau istiqamah Tun M pd perjuangannya. Semasa masih berpengaruh DSAI jahat sekarang lain pula.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s