Tun Mahathir Tiada Kuasa Mutlak Hanya Ikut Keputusan Konsensus Pakatan Harapan

AIDCNews -14/07/17 –Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik Pengerusi Pakatan Harapan, namun semua keputusan yang bakal dibuat oleh beliau mestilah mendapat konsensus daripada keempat-empat pemimpin tertinggi parti-parti dalam Pakatan Harapan.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata pemilihan Dr Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan juga telah dipersetujui Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

“Keputusan sama iaitu mesti bersama. Kalau tidak ada, Pakatan Harapan tidak wujud. Ada mana-mana parti nak keluar, Pakatan Harapan akan jatuh. Jadi, memang lah kita akan ada konsensus untuk pegang Pakatan Harapan sebagai satu entiti untuk bawa ke depan. Jadi kita faham itu. Itu ‘dynamics of the game’. Jadi kita faham, tiada masalah dengan itu.

“Itu semua sudah dipersetujui. Mahathir dengan (Datuk Seri) Anwar pun sudah bincang. Kita sudah bincang lama dan sudah pun persetujui atas keputusan. Itu bagus sebagai tokoh politik di negara Anwar dan Mahathir bersama-sama bawa perubahan di negara kita kepada PRU14. Di mana akan lawan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Antarapos hari ini.

Dalam struktur PH yang dimuktamadkan tengah malam tadi, Dr Mahathir dinamakan sebagai Pengerusi PH dan Anwar dilantik sebagai Ketua Umum, jawatan yang sama disandang beliau dalam PKR.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilantik sebagai presiden gabungan empat parti pembangkang itu.

Anwar yang sedang meringkuk dalam penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat itu turut bertegas menolak jawatan Pengerusi PH mempunyai kuasa pemutus sebaliknya hanya perlu diberi tugas-tugas menyelaras.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s