Kit Siang Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik?

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan ketua dalam Pakatan Harapan walaupun pimpinan tertinggi pakatan pembangkang itu kini dibarisi oleh pemimpin dua parti tersebut.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, partinya tetap mempunyai hak sama rata dengan PKR dan PPBM dalam Pakatan Harapan walaupun Pakatan Harapan mengumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umumnya.

Malah, kata beliau, sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan tetap memerlukan persetujuan DAP, bukan seperti Barisan Nasional (BN) yang beliau dakwa hanya didominasi oleh parti Melayu UMNO.

“Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan yang sama rata, tiada parti mendominasi dan prinsip Pakatan Harapan ialah konsensus antara keempat-empat parti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan semalam mengumumkan pelantikan Mahathir daripada PPBM sebagai Pengerusi dan Anwar daripada PKR sebagai Ketua Umum, namun pengumuman itu disambut dengan rasa curiga ramai pihak.

Langkah itu dipercayai semata-mata bertujuan mengaburi mata orang Melayu kononnya Pakatan Harapan didominasi oleh Melayu walhal umum mengetahui majoriti pemimpin dalam gabungan parti pembangkang itu terdiri daripada bukan Melayu.

Mengulas perkara itu, Kit Siang berkata, UMNO sebelum ini mendakwa DAP mendominasi Pakatan Harapan dan Malaysia akan diperintah Cina jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana Mahathir dan Anwar cuma boneka DAP.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu mengumumkan Mahathir sebagai Pengerusi dan Anwar sebagai Ketua Umumnya sebagai strategi untuk memastikan Pakatan Harapan menang dalam PRU14.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, masa untuk UMNO kini sudah tamat kerana rakyat tidak lagi mempercayai bukan Melayu akan memerintah negara ini jika Pakatan Harapan berjaya merampas Kerajaan Persekutuan. –MYNEWSHUB.CC

Advertisements

One thought on “Kit Siang Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s