Struktur Baharu Pakatan Harapan Bukti DAP Amal Taktik Melayu ‘Screw’ Melayu

AIDCNews -16/07/17 –Struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang membariskan tiga muka Melayu mengetuai organisasi itu membuktikan DAP masih menggunakan taktik lama iaitu memperalatkan Melayu untuk menjatuhkan Melayu sepertimana yang pernah didedahkan oleh Superman DAP, Hew Kuan Yau.

Hew berkata tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang percaya untuk menjatuhkan UMNO, ia mesti dimulakan dengan menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Cara menjatuhkan Presiden UMNO mengikut kepercayaan Kit Siang akan dilakukan oleh bekas Presiden UMNO sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita selamatkan Mahathir dan menggunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib.

“Lim Kit Siang gunakan Mahathir untuk “Selamatkan Malaysia’. Lim Kit Siang sudah cari banyak cara untuk ‘Selamatkan Malaysia’ termasuk memperalatkan Mahathir.

“Hari ini, aku bagi pesanan ini, ‘Tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib’,”tegas Hew dalam satu slot ceramah DAP bersempena dengan Hari Malaysia, 16 Sept 2016.

Khamis lalu, Pakatan Harapan mengemukakan senarai nama organisasi mereka yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Anwar Ibrahim menjadi Presiden dan Ketua Umum Pakatan Harapan.

Turut dinamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin,Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan, manakala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub merupakan Naib Presiden Pakatan Harapan.

Mengupas isu berkenaan, laman ini berpendapat taktik DAP menggunakan Melayu untuk melawan Melayu bukanlah perkara baharu, malah telah dilakukan DAP sejak tahun 1990 ketika membentuk Gagasan Rakyat.

Gagasan Rakyat diketuai oleh bekas calon Presiden UMNO, Tengku Tan Sri Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah.

DAP bergabung dengan parti yang diketuai Tengku Razaleigh iaitu Semangat 46 dalam Gagasan Rakyat bagi menghadapi PRU 1990.

Sebagai ketua, Tengku Razaleigh akan mencatur semua calon di seluruh Malaysia termasuk menubuhkan gagasan baharu yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Semangat 46 dan PAS.

Manakala DAP hanya bertanding di kawasan kubu mereka sahaja iaitu di kawasan-kawasan bandar yang majoriti pengundinya berbangsa Cina.

Namun, laman ini berpendapat pembentukan organisasi bagi melawan UMNO-Barisan Nasional tidak sama dengan apa yang berlaku di Dewan Rakyat apabila keputusan PRU diumumkan.

“Hasil keputusan PRU 1990, S 46 menang 8 kerusi Parlimen, PAS 7 kerusi parlimen dan DAP 20 kerusi parlimen.

“Dalam bulan Januari 1995, Gabungan Gagasan Rakyat telah berpecah berikutan penarikan diri salah satu parti utama yang menganggotainya iaitu DAP

“Pergeseran antara parti-parti itu bermula dalam proses perlantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Ia berlaku berikutan APU menuntut seorang bumiputera sebagai Ketua Pembangkang yang baru, sekali gus menolak kepimpinan Lim Kit Siang.

“Namun kerana DAP lebih dominan bilangan kerusi Parlimen daripada APU, Lim Kit Siang dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang.”

Kes yang sama ketika pembentukan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh bekas Timbalan Presiden UMNO, Anwar Ibrahim bagi menghadapi PRU 12 dan PRU 13.

Kedua-dua PRU itu membuktikan DAP meraih lebih banyak keuntungan berbanding dengan parti-parti pembangkang yang lain.

Misalnya, PRU 13, DAP memperolehi 38 kerusi parlimen, PKR 30 dan PAS 21.

Walaupun DAP dominan di Parlimen, namun jawatan Ketua Pembangkang diberikan kepada Ahli Parlimen PKR, Anwar Ibrahim dengan harapan Ketua Umum PKR dapat memainkan lebih banyak peranan lagi untuk menjatuhkan UMNO-BN.

Selanjutnya, sila baca “Kit Siang Tidak Akan Sertai Pakatan Jika Tidak Untungkan DAP

Advertisements

One thought on “Struktur Baharu Pakatan Harapan Bukti DAP Amal Taktik Melayu ‘Screw’ Melayu

  1. Dalam soal ini kita tak boleh salahkan DAP .kerana yg sudi menjadi alat DAP itu adalah Melayu juga,malah bukan calang-calang Melayu,1 mantan PM dan 2 mantan TPM.Mantan TPM yg terpenjara sudah pun berbakti kepada DAP dgn membantu nya berkuasa di PP dan Selangor ,dan hampir berkuasa di Perak.Sekarang bila 1 mantan PM dan 1 lagi mantan TPM membantu DAP,apa pula yg akan berjaya di raih oleh DAP?.Adakah betul Putrajya akan menjadi milik DAP?.Hanya Allah yg tahu,masa penentuan tak lama lagi,hanya kira-kira satu tahun mendatang.

    Kalau kali ini DAP gagal berkuasa ,walau pun dgn bantuan mantan PM dan 2 mantan TPM,kita patut berterima kasih kepada PAS bukan Umno.kerana Pas yg telah melemahkan mereka ,sedangkan bekas pemimpin Umno sebaliknya pula membantu DAP.Kalau fikir dari sudut ini ,pemimpin Umno memang tak boleh di percayai,mereka hanya mahuka kuasa dan harta ,dgn menggunakan pengaruh Umno.Bila mereka tidak lagi dapat menggunakan Umno,mereka akan mengkhianati Umno dan orang Melayu .Bukti sudah ada di depan mata,tak boleh di nafikan lagi.kalau begitu boleh percaya ke pemimpin Umno yg ada sekarang ,mungkinkah mereka 2 X5 saja,satu hari nanti mereka juga akan bertindak seperti mantan berkenaan mengkhianati Umno dan orang Melayu Islam .Hati hati.

    Kerana masa sudah suntuk ,mungkin kita masih boleh bersangka baik pada pemimpin Umno yg ada sekarang,tapi dgn satu syarat.Syarat kita ialah misti berkerjasama dgn PAS,dalam mengatur strategi utk membolehkan Melayu Islam terus berkuasa selepas PRU 14 nanti.Kalau mahu memang ada caranya,tapi semuanya misti ikhlas ,kerana ugama ,bangsa dan negara.Sekarang masih ada suar-suara sumbang darri Umno dan suara-suara sumbang dari PAS,tapi semua itu masih boleh di rundingkan asalkan sekali lagi ikhlas keran ugama,bangsa dan negara.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s