PAS Mahu Bertanding Di Parlimen Permatang Pauh

AIDCNews -17/07/17 –PAS menyimpan hasrat untuk bertanding semula di Parlimen Permatang Pauh pada PRU 14 seperti mana yang ditegaskan oleh Yang dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera PAS di Kubang Semang pagi ini yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

Idris memberitahu pemberita, PAS masih membuat kajian kerusi-kerusi yang bakal ditandingi parti Islam itu yang bergantung kepada laporan PAS negeri dan kawasan.

“Kami mungkin bertanding 120 atau 140 kerusi di seluruh negara. Di mana kita akan bertanding bergantung pada keputusan kepimpinan tertinggi.

“Kami perlukan laporan dari jawatankuasa negeri yang mengkaji kerusi berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Kerusi Permatang Pauh sebelum ini ditandingi PAS. Selepas ia bekerjasama dengan PKR, PAS memberikan kerusi itu kepada parti Anwar.

Tetapi kini, tanpa kerjasama dengan PKR, PAS dijangka akan bertanding di kerusi milik PKR dan parti dalam Pakatan Harapan yang lain.

Ini akan membawa kepada pertandingan tiga penjuru yang memecahkan undi. Pemerhati meramalkan ia berpotensi merosakkan peluang Pakatan Harapan untuk merebut Putrajaya daripada Barisan Nasional.

Advertisements

4 thoughts on “PAS Mahu Bertanding Di Parlimen Permatang Pauh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s