Anina Lapor Polis, Dakwa Jadi Mangsa Fitnah PPBM Langkawi

AIDCNews -18/07/17 –Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin menafikan beliau menerima wang sebanyak RM7 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kembali menyertai UMNO.

Ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM berkata fitnah yang dibuat oleh Setiausaha PPBM Bahagian Langkawi Puteri Fataharyati Harun itu berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai ahli politik.

“Saya tidak akan membiarkan diri saya menjadi mangsa fitnah dan sumpah seranah ahli PPBM sendiri terhadap diri saya. Sudah sampai masanya saya membuka mulut dan bersuara untuk membela diri sendiri,” katanya kepada FMT sambil menafikan dakwaan beliau menerima wang tersebut daripada perdana menteri.

Bagi membuktikan tuduhan Fataharyati tidak benar, 1 laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pagi tadi supaya pihak berkuasa menyiasat tuduhan itu.

Katanya, laporan polis itu merujuk kepada kenyataan terbuka yang dibuat Fataharyati menerusi di Facebook 31 Mei lalu.

“Dengan segala hormatnya, dia (Anina) pun melompat ke Umno dengan mas kahwinnya RM7,000,000. #SayaFahamAndaTerdesak #SatuSatunyaWanitaLangkawiyangDesperate #SebabTuAkuLoyaBilaHangKataHangSayangTun #Phui.

“Terdesak boleh faham la, nak kena bayar lawyer kan, dia saman bukan calang orang, dia saman Najib kot,” tambah Fataharyati, merujuk kepada tindakan undang-undang yang pernah dibuat Anina terhadap Najib.

Anina tahun lepas memfailkan tindakan undang-undang terhadap Najib berhubung RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi.

Anina, yang juga pengasas bersama PPBM, menggesa Fataharyati melaporkan dakwaannya kepada lembaga disiplin PPBM ataupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan bukannya membuat tuduhan secaran terbuka.

“PPBM tidak sepatutnya menghalalkan perbuatan keji dan terkutuk seperti ini terhadap mana-mana pemimpin mahupun individu lain,” kata Anina.

“Saya sedih dan kecewa kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh parti itu terhadap salah laku kepimpinan PPBM Langkawi ini,”katanya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s