Anwar Dijangka Bebas Pada Jun 2018

AIDCNews -18/07/17 –Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara lima tahun kerana jenayah liwat dijangka akan dibebaskan pada Jun 2018.

Anwar dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh pada 10 Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Menurut amalan biasa, seseorang banduan akan dibebaskan selepas menjalani 2/3 dari tempoh hukumannya sekiranya banduan itu berkelakuan baik dalam penjara.

Pada tahun 1999, Anwar dihukum penjara selama enam tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksualnya.

Namun, Anwar dibebaskan pada 2 September 2004 kerana tempoh hukuman itu dikurangkan setelah berkelakuan baik.

Difahamkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tahu mengenai pembebasan Anwar itu, sebab itu beliau menjadikan isu Anwar salah satu isu utama Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU 14.

Dr Mahathir berkata, selepas seminggu Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Putrajaya, pihaknya akan memohon pengampunan diraja untuk membolehkan Anwar kembali aktif berpolitik.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, seseorang banduan tidak dibenarkan aktif berpolitik dalam tempoh lima tahun selepas pembebasannya.

“Kita akan tunggu perundangan untuk melakukannya, bukan serta-merta kerana perdana menteri yang mengambil alih perlu melakukan banyak perkara,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR.

Advertisements

3 thoughts on “Anwar Dijangka Bebas Pada Jun 2018

  1. Mengapa pula Mahahtir mahu meminta pengampunan,sedangkan Anwar tak mengaku dia bersalah dan Mahahtir juga kata Anwar di penjarakan kerana keputusan mahkamah di pengaruhi kerajaan.Mengapa pula tidak meminta pengampunan sekarang tidak menuggu sehingga selepas PRU.Ini menunjukan niat Mahathir tak ikhlas,pada Anwar .Kalau PH kalah ertinya Anwar tidak akan beliau pedulikan utk terus merengkok dalam penjara.Kalau PH menang ,Mahahtir mahu dia jadi PM dulu ,dan katanya siapa yg jadi PM ,bukan PM sementara lagi ,terus jadi PM.

    Tindakan tanduk dan cakap Mahahtir cukup berbelit-belit.Kaki belit paling utuh tida tolak bandingnya.Tapi kita tak hairan,kerana Anwar memang bukan jenis yg berhati-hati supaya ‘pisang tidak berbuah 2 kali’ atau ‘di patuk dari lubang yg sama’macam kes sodominya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s