INVOKE Keluar Poster Tunjuk Kedudukan Anwar Lebih Tinggi Daripada Dr Mahathir

AIDCNews -18/07/17 –Poster yang dikeluarkan INVOKE mula bertebaran di media sosial selepas Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau merupakan ‘Top Dog’ Pakatan Harapan.

“Saya adalah salah seorang pemimpin, saya akan mempengerusikan majlis presiden dan dalam hierarki Pakatan, saya adalah ‘top dog’ (pemimpin utama) di sanalah,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Namun, dalam poster yang dikeluarkan Invoke, NGO Pakatan Harapan yang diketuai Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR, kedudukan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim lebih tinggi daripada Dr Mahathir.

Malah, Rafizi membariskan Dr Mahathir sama dengan kedudukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Pakatan Harapan.

Namun, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata kedudukan pemimpin Pakatan Harapan adalah sama taraf berdasarkan prinsip konsensus, tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang menurut beliau berasaskan hegemoni UMNO.

“Harus ada konsensus dan kesepakatan oleh semua empat parti komponen Pakatan Harapan sebelum ia menjadi dasar Pakatan Harapan,” kata Kit Siang sambil menegaskan tiada parti yang dominan dalam Pakatan Harapan.

“Ia bermaksud Pakatan Harapan hanya didominasi oleh rakyat Malaysia,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Advertisements

One thought on “INVOKE Keluar Poster Tunjuk Kedudukan Anwar Lebih Tinggi Daripada Dr Mahathir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s