Ustaz Ahmad Awang Dakwa Dr Mahathir Boleh Dihukum Pancung – Dr Kamarul

Di dalam tulisan bertajuk “Isu Karpal Dipolitikkan” di blog beliau pada 10 Mei 2008, Ustaz Ahmad Awang pernah menulis begini: “Malah ‘penderhakaan’ yang paling besar ke atas simbol ketuanan Melayu ialah ketika usaha yang dilakukan oleh bekas pemimpin tertinggi UMNO dan bekas PM, Tun Dr Mahathir. Tindakan gila kuasa yang melampau bekas pemimpin UMNO tersebut seharusnya boleh dihukum pancung oleh raja-raja Melayu.”

Menariknya, sekarang Ustaz Ahmad Awang boleh pula menerima, malah melahirkan rasa syukur, bila insan “gila kuasa yang melampau” yang “seharusnya boleh dihukum pancung oleh raja-raja Melayu” ini, iaitu Tun Dr Mahathir, dinobatkan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, sebuah pakatan politik yang dianggotai oleh Parti Amanah Negara yang Ustaz Ahmad Awang adalah Penasihat Umumnya, pada 13 Julai lalu.

Saya tertanya-tanya apakah, jika ditakdirkan Pakatan Harapan akan memerintah negara selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14, Ustaz Ahmad Awang akan berani membuat rekomendasi supaya Tun Dr Mahathir “dihukum pancung oleh raja-raja Melayu”.

Atau apakah Ustaz Ahmad Awang kini turut mengamalkan politik “matlamat menghalalkan cara”?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Advertisements

One thought on “Ustaz Ahmad Awang Dakwa Dr Mahathir Boleh Dihukum Pancung – Dr Kamarul

  1. Tok sah gaduhlah mereka tu,PH adalah’pintu taubat’,masuk pakatan bermakna masuk pintu taubat bagi mereka,semua dosa akan terhapus.Tengok saja berapa ramai pemimpin Umno yg mereka kata macam-macam tapi bila masuk PH semua nya sudah jadi pejuang kebenaran.Begitu juga dgn beberapa orang pemimpin PAN, yg bersumpah jatuh talak ,tapi kerana mereka melompat kedalam PH,sumpah tersebut tak terpakai.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s