Wanita PAN Melenting Apabila PAS Fokus Lawan DAP

AIDCNews -18/07/17 –Ketua Wanita PAN, Dr. Siti Mariah Mahmud mendakwa fokus PAS kini adalah melawan DAP kerana parti itu membawa virus liberalisme dan Kristianisasi.

Siti Mariah Ahli Parlimen Kota Raja mendakwa pada 28 Julai nanti, PAS akan mengadakan taklimat tertutup di Dewan An Nahdhah, Kubang Semang, Permatang Pauh untuk mendedahkan isu-isu berkaitan dengan PRU 14.

Dengan tema “PRU14: PAS VS AHZAB MODEN”, aktivis-aktivis PAS akan didedahkan dengan isu ‘Ancaman Liberalisme, Kristianiasi & Evangelis dan ‘Bahaya DAP serta perkaitannya dengan Dominionism dan Christian Zionism’

Bagi Siti Mariah semua ini adalah propaganda PAS untuk membohongi ahli-ahli

“Satu lagi Projek Pembohongan dan Propaganda PAS Kepada Ahli-Ahli PAS,”kata Siti Mariah dalam Facebooknya.

Namun, pendedahan Siti Mariah itu disambut sinis oleh pengikut Facebooknya.

Nuraffendi Bin Zabiri berkata tidak salah PAS memberi penerangan isu-isu berkenaan kepada ahli-ahlinya kerana perkara itu sudah menjadi rahsia umum.

“Azhab moden adalah PAKATAN HARAPAN” kata Mujtahid Salim

Fathulhadi Sulaiman berkata “Asal ada perkara yang melibatkan DAP je gerenti geng PAN ni bising… hahaha”

“Teruskan perjuangan YB untuk ‘back up’ DAP. Benarlah kata-kata penceramah DAP, guna Melayu untuk skrew Melayu,” kata Afrizan Ariffin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s