PKR Selar PAS Lancar Jentera Pilihan Raya Di Permatang Pauh

AIDCNews -19/07/17 –PKR menyelar PAS kerana melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh yang disifatkan sebagai ugutan mahu bertanding di kerusi tradisi milik mereka itu.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata, program PAS itu satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN).

“Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi Parlimen yang berkait rapat dengan PKR, dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan reformasi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 lagi.

“Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh dimenangi PKR sebanyak enam kali dalam pilihan raya umum dan kecil,” kata ahli Parlimen Batu itu dalam satu kenyataan hari ini.

Hujung minggu lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad melancarkan jentera parti Islam itu di kerusi yang disandang Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tian Chua berkata, PKR akan terus mempertahankan kerusi Parlimen kawasan itu dengan kekuatan sendiri.

“Pendirian PAS yang berikrar ingin menawan Permatang Pauh akan dipandang seolah-olah parti pembangkang bertengkaran sesama sendiri.

“Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian daripada pihak pembangkang yang ingin mengalahkan Umno-BN pada PRU14 kelak.

“Sekiranya PAS bersungguh-sungguh menentang korupsi dan kezaliman rejim Umno-BN, kepimpinan PAS harus menghentikan segala tindakan yang mencabar kesabaran PKR,” katanya.

PKR bekerjasama dengan PAS sejak penubuhan parti itu pada 1999. Hubungan di antara kedua-dua parti itu secara rasminya terputus tahun ini.

Bagaimanapun, PKR masih lagi bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s