RoS Boleh Haramkan DAP Jika Enggan Buat Pemilihan Semula

SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) boleh bertindak mengharamkan DAP sekiranya mereka masih enggan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), demikian kata ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Katanya, tindakan tersebut boleh diambil RoS berdasarkan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan DAP itu sendiri.

“Saya melihat RoS terpaksa kalau mereka enggan untuk mengadakan mesyuarat CEC semula, tidak ada jalan lain RoS kena mengeluarkan surat mengharamkan parti DAP, itu sahaja.

“Mengikut peraturan RoS, mana-mana parti yang enggan dia boleh diharamkan,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau dalam pada itu merujuk semula kepada peristiwa ketika Umno diharamkan pada tahun 1980-an dahulu walaupun Umno adalah parti pemerintah pada ketika itu.

“Mereka juga harus melihat bagaimana pada tahun 1987 ketika Umno diharamkan sedangkan pada waktu itu Umno adalah parti pemerintah tetapi apabila diharamkan kita patuh dan akur dan mengorak langkah ke hadapan.

“Umno 30 tahun lalu telah mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran sehingga terpaksa pendaftarannya dibatalkan pada 1987,” katanya.

Umno Baru kemudiannya telah ditubuhkan pada tahun 1988 selepas Umno diisytiharkan haram ekoran satu keputusan mahkamah. Dalam pemilihan parti pada 1987, Umno telah berpecah kepada dua pasukan dan Tun Dr Mahathir Mohamad menang tipis jawatan presiden parti.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga berkata, DAP sepatutnya melihat gesaan RoS dari aspek menyeluruh dan bukannya menuding jari kepada kepada Umno-BN mahupun RoS.

Katanya, DAP dilihat sekadar ingin meraih simpati rakyat apabila mencipta pelbagai alasan.

“Mereka seharusnya melihat ini sebagai isu keseluruhan bukan soal kerajaan atau Umno nak mengharamkan mereka jangan bertanding sebab dari dulu pun kita tidak takut bertanding dengan DAP.

“Cuma memang mereka akan sentiasa mencari alasan supaya simpati rakyat terhadap DAP itu makin menebal seolah-olah mereka dianiaya.

“Sedangkan apa yang berlaku RoS bertindak disebabkan aduan oleh ahli DAP sendiri di mana mereka beranggapan pemilihan itu tidak mengikut perlembagaan parti,” ujarnya.

Terdahulu, RoS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC selepas keputusan pemilihan CEC DAP yang dibuat pada Disember 2012 dan 2013 tidak diiktiraf Jabatan itu atas sebab kesilapan teknikal keputusan pengundian serta kaedah pemilihan yang tidak mengikut perlembagaan parti.

Bagaimanapun, DAP bertegas untuk tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC selagi belum menerima surat arahan rasmi daripada RoS.

Malah parti itu dikatakan menuduh RoS sengaja mensabotaj mereka bagi persediaan PRU kali ini, sedangkan keputusan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan semula CEC adalah berdasarkan perlembagaan parti tersebut sendiri.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada kemelut yang sedang melanda DAP ini memberi keuntungan kepada BN, Bung bagaimapun lantas menolak anggapan itu.

“Kita tidak mengaut apa-apa keuntungan daripada isu ini sebab kita tahu mungkin walaupun diharamkan mereka akan bertanding atas satu tiket barisan pembangkang,”katanya lagi – AP

Advertisements

One thought on “RoS Boleh Haramkan DAP Jika Enggan Buat Pemilihan Semula

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s