Jika PH Tawan Putrajaya, Tidak Mustahil Singapura Masuk Malaysia Semula – Zulkifli Noordin

AIDCNews -20/07/17 –Jika Pakatan Harapan yang diketuai DAP berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14, tidak mustahil kerajaan PAP Singapura akan menyertai semula Malaysia untuk menyamaratakan bilangan kerusi Melayu dan bukan Melayu di negara ini.

Bekas aktivis PKR, Dato’ Zulkifli Noordin berkata perkara itu boleh berlaku berdasarkan kenyataan mendiang Lee Kuan Yew ketika melawat Malaysia pada Jun 2009, sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Perak selepas PRU 2008.

“Ianya bukan satu kemustahilan sekarang,”kata Lee Kuan Yew ketika ditanya adakah Singapura berminat menyertai Malaysia semula dengan fenomena kebangkitan pembangkang diketuai DAP ketika itu.

Zulkifli berkata sebagaimana proses penyingkiran Singapura daripada Malaysia yang dibuat di Parlimen Kuala Lumpur pada 9 Ogos 1965 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, proses yang sama juga boleh dibuat di Parlimen Malaysia dan Singapura untuk proses pencantuman semula itu.

“Kalau dia (DAP) jemput Singapura dengan usul tergempar di Parlimen untuk menyertai Malaysia dan Singapura buat sidang tergempar di Parlimen (Singapura) kata ‘ya’…habislah kita (Melayu)

“Pasal apa ? Pasal Singapura ada 87 kerusi Parlimen majoritinya adalah kerusi Cina. Kalau 87 kerusi Parlimen Cina Singapura masuk (ke Malaysia dicampur dengan) 112 kerusi yang mereka (pembangkang) dah ada, Melayu habis, sebab mereka ada 2/3 (di Parlimen), “kata Zulkifli.

Advertisements

2 thoughts on “Jika PH Tawan Putrajaya, Tidak Mustahil Singapura Masuk Malaysia Semula – Zulkifli Noordin

  1. Apa nak buat kalau Melayu sendiri dah nak hapuskan dominan mereka dalam negara sendiri,mereka sudah terlajak hebat.Bila di fikir secara mendalam saya berasa keciwa dgn Umno ,kerana culture Umno menjadikan pemimpin mereka tamak kuasa,jadi apa bila kuasa sudah tiada pada mereka ,mereka mereka menjadi gila utk terus berkuasa sehingga sanggup menggadai kedaulatan bangsa dan ugama.Bayangkalah seorang bekas PM dan 2 orang bekasTPM dari Umno yg sanggup menjadi kuda tunggangan DAP demi mahu meraih kuasa.Ini bukan calang-calang individu yg jadi ‘ pengkhianat’ ni ya dan ianya adalah dari UMNO.Ertinya ada sesuatu yg sangat tidak kena pada Umno dan perlu di perbaiki.

    Sebab itu sudah lama saya katakan,Umno kena berubah ,bukan pemimpinnya tapi mentaliti ahli akar umbinya dalam memilih pemimpin.Lihat baik-baik dari segi keikhlasannya mereka yg nak jadi pemimpin ,jangan kerana sedikit habuan ,siapa pun boleh diangkat jadi pemimpin.Lagi satu ,kalau di kesan pemimpin yg telah di lantik mula bertukar gaya hidup mereka sekeluarga,mula mengumpul kekayaan,cepat-cepat jatuhkan semula pemimpin berkenaan,sebelum mereka mabuk kuasa dan ketagih kuasa.Misalnya Mahahtir di beri telalu lama kuasa ,sehingga jadi ketagih kuasa,Anwar pula terlalu cepat berkuasa sehingga jadi tamak kauasa ,manakala Muhyeddin pula terlalu lama di beri kuasa tapi bukan di puncak kuasa ,lalu gian utk memeganga tampuk kuasa.Paling teruk adalah Mahahtir.kuasa nya dan kekayaan anak pinak menyebabkan beliau hilang langsung sifat redho dan dalam dirinya penuh dgn ketamakan kuasa dan rasa angkuh yg menggila,dia saja yg betul.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s