Tolak Pemilihan Semula CEC : DAP Masih Dihantui Fakta Dari Risalah Father Augustus Chen

AIDCNews -20/07/17 –Keputusan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa tertinggi (CEC) berpunca daripada satu anggapan salah bahawa arahan terbaharu Jabatan Pendaftar Persatuan (RoS) bersumber daripada fakta daripada risalah ‘Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC)’ tulisan Father Augustus Chen yang diterbitkan sebulan selepas pemilihan semula CEC 2013.

Surat rasmi Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC disalahtafsirkan sebagai mengitar semula hujah-hujah yang terkandung dalam risalah setebal 16 muka surat tulisan Father Augustus Chen.

“Tidak ada 865 cawangan yang layak untuk pemilihan CEC 2012. Kali pertama nombor 865 pernah dibangkitkan dalam tuntutan yang dibuat oleh Father Augustus Chen dalam laporan ‘Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC)’,”kata Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya semalam.

“Lim Kit Siang memenangi kes fitnahnya terhadap penerbit Utusan Malaysia berhubung laporan “Father Augustus Chen”, dan dianugerahkan ganti rugi RM250,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumur pada 10 Disember 2014.

“Persoalannya, mengapa ROS membuat keputusan berdasarkan laporan fiksyen yang disahkan oleh mahkamah,”tambahnya lagi.

Isu penipuan pemilihan CEC DAP 2012 mula diperkatakan pada 1 Julai 2013 apabila tersebar satu risalah bertajuk ‘Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC)’ tulisan Father Augustus Chen.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, penasihat parti Lim Kit Siang, dituduh sebagai dalang memanipulasi undi CEC itu.

Penulis menuduh keluarga Lim telah memanipulasi taburan undi semasa pemilihan parti 2012 pada 15 Disember untuk memastikan kroni mereka yang dipilih dalam CEC.

Father Augustus Chen juga mendakwa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook ditugaskan untuk menjalankan tugas-tugas kotor dalam memanipulasikan undi itu.

Apabila keputusan pilihan raya diumumkan pada pukul 8.30 malam, kira-kira tiga setengah jam lewat seperti yang dijadualkan, Vincent Wu Him Ven menerima 1,202 undi untuk mendapat kedudukan kelima daripada 20 CEC dipilih. Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari menduduki tempat ke-39 dengan hanya 305 undi.

Tetapi berikutan hasil yang disemak sebulan kemudian, Zairil tiba-tiba menerima 803 undi untuk melonjak ke kedudukan ke-20, manakala Vincent Wu diturunkan ke tempat ke-26 dengan hanya 669 undi.

DAP mendakwa kesalahan teknikal dalam Excel yang menyebabkan kesilapan perolehan undi.

Penulis menolak gangguan teknikal dan menyalahkan manipulasi undi untuk melindungi kepentingan politik keluarga Lim.

Penulis berkata hampir 1,300 perwakilan tidak menerima notis mesyuarat manakala 547 lagi yang tidak sah, terutamanya dari Pulau Pinang, telah mengundi dalam pemilihan itu.

Malah mereka telah mengeluarkan notis kurang daripada 10 hari sebelum kongres itu.

Menurut penulis, keluarga Lim telah merancang untuk mengadakan pemilihan untuk menghalang kebangkitan pemimpin parti yang terkenal, iaitu “lima harimau” iaitu ketua DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, sepupu DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming, ketua Johor Dr Boo Cheng Hau dan pendokong Selangor Teng Chang Khim.

Penulis mendakwa Kit Siang, 72, menyedari bahawa ini boleh menjadi penggal terakhirnya sebagai Ahli Parlimen, justeru itu beliau merancang untuk memastikan laluan selamat untuk anaknya untuk menerajui parti itu dalam kedudukan yang kuat.

Kit Siang amat marah dengan penerbitan risalah yang telah disiarkan di Utusan Malaysia.

Namun, Kit Siang tidak menjawab isu-isu penyelewengan yang dibangkitkan dalam risalah itu, sebaliknya memfokuskan kepada penulisnya, Father Augustus Chen.

Kit Siang menggesa “Father Augustus Chen” untuk tampil dan membuktikan dia benar-benar wujud.

“Mustahil dan tidak masuk akal ada orang seperti itu yang sanggup membenarkan namanya diguna untuk penerbitan penuh pembohongan seperti itu tetapi takut untuk tampil ke depan.

“Siapa saja yang tampil ke depan untuk mengakui dirinya sebagai penulis “The Equity Report” perlu bersedia bukan saja untuk berdepan beberapa saman fitnah tetapi juga perbicaraan kes jenayah atas segala pembohongan yang terdapat dalam risalah itu,” katanya dalam kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, jika “Father Augustus Chen” tidak tampil membuktikan kewujudannya, maka media UMNO/BN perlu bersedia untuk berdepan dengan saman fitnah kerana mereka menggunakan risalah itu sebagai asas untuk meneruskan fitnah terhadap DAP dan pimpinannya, seolah-olah segala dusta dan nista di dalamnya adalah benar.

Bagaimanapun, katanya, persoalan lebih penting ialah mengapa Ketua Pengarah ROS bertindak dengan tidak memperakui pemilihan CEC DAP dan mengarahkan supaya diadakan pemilihan semula berasaskan pembohongan dan kepalsuan yang terdapat dalam risalah “Father Augustus Chen” itu.

“Atas sebab ini DAP meminta Ketua Pengarah ROS tidak bertindak sembarangan dan menjelaskan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP mengenai pemilihan CEC pada Disember tahun lalu.

“Tiada apa yang hendak DAP sembunyikan, malah parti ini bersedia menjawab secara terbuka semua pembohongan yang direka juru propaganda dan cybertrooper UMNO/BN,” katanya.

Pada September 2013, Kit Siang memfailkan saman berhubung satu rencana bertarikh di Utusan Malaysia bertarikh 18 Ogos 2013 bertajuk “Kit Siang manipulasi CEC?”.

Rencana yang memetik sumber bernama ‘Father Augustus Chen’ mendakwa keluarga Lim memanipulasi kehadiran perwakilan serta pengiraan undi pada kongres parti Disember 2012 bagi memastikan kedudukan beliau ‘selamat’.

Dalam writ samannya, Lim mendakwa Utusan “tidak mengesahkan maklumat dan sumber maklumat itu dan bertindak melulu tanpa menghiraukan kebenaran perkataan yang diadukan”.

Wartawan Utusan Malaysia, Kasthuri Jeevendran menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau berniat jahat mahu menghancurkan karier politik Penasihat DAP, Kit Siang ketika menulis artikel bertajuk Kit Siang manipulasi pemilihan CEC? pada 17 Ogos tahun lalu.

Kasthuri juga menolak dakwaan yang mengatakan kononnya artikel tersebut merupakan suatu pembohongan serta berniat memfitnah Kit Siang dan sengaja ditulis supaya reputasi pemimpin veteran itu dalam kalangan DAP dan masyarakat terjejas.

Sebaliknya Kasthuri menegaskan, artikel itu dihasilkan hanya berdasarkan kandungan sebuah buku kecil yang ditulis oleh penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Father Augustus Chen dan beliau sendiri tidak tahu dan tidak mengenali penulis terbabit.

Namun begitu, ujar Kasthuri, ada dalam kalangan ahli DAP yang mengatakan Father Augustus Chen itu sebenarnya kawan rapat Kit Siang sendiri tetapi beliau tidak mengesan penama terbabit.

Kasthuri memberitahu demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi pada perbicaraan kes saman Kit Siang terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) yang dinamakan sebagai pihak defendan berhubung penyiaran artikel berkaitan pelantikan Jawatankuasa CEC parti itu.

Kit Siang selaku pihak plaintif mendakwa, akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 18 Ogos tahun lalu menyiarkan artikel bertajuk Kit Siang manipulasi CEC? yang didakwa mengandungi perkataan berunsur fitnah untuk mencemarkan reputasinya dan karier politiknya.

Kasthuri yang pernah berkhidmat selama dua tahun dengan akhbar rasmi DAP, The Rocket menyatakan, kali pertama beliau mendengar kewujudan buku tersebut pada hujung Julai 2013.

Buku tersebut juga, menurut Kasthuri, telah diedarkan kepada awam dan pada Ogos, buku itu diedarkan di kawasan kediaman dan dimasukkan ke dalam peti surat di rumahnya dalam tiga versi iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Menurut Kasthuri, artikel tersebut disiarkan kerana terdapat isu menarik dan merupakan isu berkepentingan awam dalam pemilihan CEC yang berlangsung pada 15 Disember 2012.

Malahan katanya, sebelum artikel tersebut disiarkan, pelbagai kenyataan dan artikel disiarkan dalam media massa berhubung cara pemilihan dan keputusan pemilihan CEC.

Pada masa sama, buku tersebut diedarkan kepada orang ramai dan kandungannya berkisar tentang isu pemilihan CEC yang dibaca bersama Perlembagaan DAP.

“Saya menulis seperti diarahkan dan membuat rujukan kepada muka satu hingga tiga buku kecil tersebut,” kata Kasthuri ketika disoal balas oleh peguam Gobind Singh Deo mewakili Kit Siang.

Kit Siang dinamakan dalam artikel itu kerana beliau merupakan pemimpin lama di barisan depan DAP selama lebih dari empat dekad dan plaintif itu berkait rapat dengan isu-isu mengenai CEC.

Dengan nada suara keras, Gobind mengasak Kasthuri dengan beberapa rantaian soalan dalam suatu masa sehinggakan saksi defendan itu tidak sempat menjawab pertanyaan peguam itu.

Gobind juga sepanjang prosiding itu kerap memperlekehkan wartawan tersebut apabila saksi mengakui beliau tidak menghubungi Kit Siang untuk mendapatkan komen pemimpin DAP terbabit berhubung kesahihan dakwaan itu.

Menurut Kasthuri, beliau tidak menghubungi Kit Siang kerana berdasarkan pengalamannya sebelum ini, pemimpin pembangkang terbabit tidak akan menjawab panggilan telefon mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) beliau.

Menjawab soalan peguam Mohd. Izral Khairy yang mewakili UMMB, mengapakah beliau tidak merujuk kepada blog pemimpin kanan DAP itu dan menyiarkan versi penafian Kit Siang.

Kasthuri memberitahu, beliau tidak berbuat demikian kerana baginya, Kit Siang hanya menyifatkan dakwaan itu suatu pembohongan, namun tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung isu itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s