Protes di RoS Bukti Tanggapan DAP Terhadap Kakitangan Kerajaan


AIDCNews -21/07/17 –Drama DAP yang diketuai Teresa Kok dan Anthony Loke Siew Fook di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini menggambarkan tanggapan DAP terhadap kakitangan kerajaan di negara ini.

Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA, Chris Daniel Wong, berkata, ‘drama’ DAP perlu dihentikan jika parti itu ikhlas mahu membawa surat kepada RoS.

“Dengan memegang plakat yang menggambarkan cawan kopi, apakah maksudnya atau yang cuba disampaikan DAP? Adakah ini bermakna bahawa isu-isu dengan ROS boleh diselesaikan melalui perbincangan melalui minum kopi ?

“DAP hanya perlu mengikut prosedur ROS dan perlembagaan parti sendiri dan menyerahkan surat rasmi 10 minggu sebelum pemilihan parti,”katanya kepada beritadaily.com.

Beliau turut mempersoalkan jika DAP benar-benar merupakan parti berbilang kaum kenapa tidak ada wakil bukan Cina di pejabat RoS hari ini.

“Menilai dari foto itu adalah DAP benar-benar sebuah parti berbilang kaum sebagaimana yang didakwa? Di manakah matlamat ‘Malaysia Malaysia’ yang dicetuskan oleh DAP, apabila semua wakil DAP berkumpul di pejabat ROS, tidak seorang pun bukan orang Cina, “katanya.

Beliau juga menyangkal kenapa Anthony Loke mendakwa bahawa parti itu akan mengadakan pemilihan baru untuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) “di bawah protes” sedangkan aduan mengenai cara pemilihan parti dilakukan oleh ahli DAP sendiri yang mempersoalkan kelayakan beberapa perwakilan untuk mengundi.


“DAP bawa surat ajak ROS duduk minum kopi? ‘Trademark’ baharu DAP di bawah Lim Guan Eng,” kata Aziz Safar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s