Tiada Keperluan Untuk Jumpa DAP -RoS

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tetap dengan keputusannya mengarahkan parti DAP supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang baharu.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata pemilihan semula CEC baharu itu bagi membolehkan perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

“ROS memang tetap dengan keputusan itu, ia kekal dan tidak akan berubah,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Katanya, Isnin lalu, RoS sudah menghantar surat kepada DAP yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC dan diberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi kepada pihaknya.

“Arahan itu dikeluarkan berikutan RoS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.

“Yang pastinya, selagi DAP tidak buat pemilihan semula CEC baharu, jawatankuasa tertinggi mereka tidak boleh diiktiraf dan menyebabkan sebarang keputusan yang dibuat tidak sah.

“Jika dalam tempoh 14 hari yang bermula Isnin lalu DAP tetap tidak memberi maklum balas secara rasmi kepada pihak RoS, kita akan ambil tindakan lain berlandaskan Akta Pertubuhan 1966,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung tindakan lain yang boleh diambil.

Ditanya sama ada RoS bersedia untuk berjumpa dengan DAP, katanya jika DAP mahu sebarang penjelasan lanjut berhubung arahan itu, mereka perlu hantar surat secara bertulis.

“Kita akan jawab secara bertulis. Tiada keperluan untuk jumpa,” katanya.

Selain itu, Mohammad Razin menegaskan RoS menganggap bahawa parti DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang.

“Parti itu masih berdaftar secara sah dengan RoS,” katanya- BH

Advertisements

One thought on “Tiada Keperluan Untuk Jumpa DAP -RoS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s