Juruaudit Bebas Sudah Minum Kopi Dengan Guan Eng

AIDCNews -22/07/17 –Pelantikan Juruaudit bebas untuk memantau Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di One World Hotel pada Ahad 29hb September 2013 tidak memberi apa-apa makna kerana difahamkan firma itu sudah minum kopi dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Menurut Pegawai Pengurus Pemilihan Kongres Khas untuk Kongres Khas DAP 2013, Dr. Ong Kian Ming, juruaudit bebas yang dipilih itu adalah PKF Accountants and Business Advisers

Firma itu dipilih selepas berlakunya manipulasi undi oleh Pengurus Pemilihan CEC pada Disember 2012. melalui aplikasi ‘spreadsheet’ Excel.

Selepas CEC melakukan pemilihan pada 15 Disember 2012, 19 hari kemudiannya 3 Januari 2013 Pengarah pemilihan Pooi Weng Keong mengakui kesilapan berlaku kesilapan teknikal.

Zairil Khir Johari yang pada mulanya tewas dengan 305 undi kemudiannya diisytiharkan menang dengan 803 undi yang tempatnya telah ditukar ganti dengan Wu Him Ven (Vincent).

Pooi Yang juga Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya kemudiannya meletak sebagai pengarah pemilihan DAP.

Lim Guan Eng berkata Pooi juga meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata Pooi mengakui kesilapan beliau dan mengaku bertanggungjawab penuh di atas kesilapan yang dilaporkan sehingga menyebabkan calon yang berada pada kedudukan 31 hingga 38 dan mereka pada kedudukan 61 hingga 68 diberikan bilangan undi yang sama.

Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa eksekutif pusat parti (CEC) kerana menerima pakai keputusan beliau untuk mengumumkan keputusan yang diperbetulkan walaupun ia memberikan publisiti negatif terhadap parti.

“Kita perlu memberitahu perkara sebenar. Kita tidak akan hidup dalam pembohongan. Parti tidak akan hidup dalam pembohongan. Ini (keputusan yang diperbetulkan) perlu diperjelaskan.

“Kami telah melantik pasukan audit dalaman yang diketuai oleh Dr Ong Kian Ming dan melantik juruaudit bebas luar untuk mengesahkan keputusan,” katanya.

Zairil Khir Johari, yang pada mulanya berada dalam kedudukan 39, kini telah berada pada kedudukan ke-20, memperoleh kedudukan terakhir ahli dalam CEC.

Zairil, yang sebelum ini dikatakan telah mendapat 305 undi, sebenarnya mendapat 803 undi, meletakkan beliau dalam kedudukan ke-20.

Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa dia sebenarnya hanya mendapat 669 undi.

Advertisements

One thought on “Juruaudit Bebas Sudah Minum Kopi Dengan Guan Eng

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s