Tak Guna Petik Al-Quran Kalau Tak Sokong Syariah

bnbbc – Orang seperti Lim Kit Siang tahu membaca al-Quran tetapi menentang ajarannya seperti menolak pelaksanaan hukuman dari kitab suci itu, kata Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Anak kepada presiden PAS itu mengingatkan Kit Siang melalui kenyataannya dilihat kerap membangkang mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hukuman tersebut.

“Ramai yang tahu membaca al-Quran tetap menentang ajaran al-Quran. Lim Kit Siang tidak pernah menyesal dan menarik semula kenyataan-kenyataannya yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Kit Siang membangkang perlaksanaan hukum-hukuman al-Quran di Kelantan dan di Malaysia secara umumnya,” kata Khalil kepada FMT hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan ketua ahli Parlimen DAP itu menyampaikan petikan ayat al-Quran kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang didakwa gagal mengambil tindakan terhadap individu yang dikatakan bersalah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kit Siang dalam kenyataannya kepada Apandi semalam memetik 2 ayat dari surah al-Baqarah yang menyeru ke arah melawan kepalsuan, dan mengelak daripada melakukan kerosakan di muka bumi.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan pemimpin DAP itu sebagai dakwah yang terbaik.

“Bukan main saya terkejut buat kali pertama Lim Kit Siang mengeluarkan ayat-ayat al-Quran untuk tunjuk kepada Apandi Ali yang mungkin tak pernah baca,” kata bekas perdana menteri itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s