Tiada Demokrasi Dalam DAP – Tunku Abdul Aziz

AIDCNews -22/07/17 –DAP tidak layak mengaku sebagai sebuah parti demokratik jika segala tindak-tanduk, corak kepemimpinan dan setiap keputusan yang dibuat menggambarkan sebaliknya.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, barisan kepemimpinan parti itu juga ditentukan sendiri oleh dua pemimpin diktatornya iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng demi memastikan legasi kepemimpinan nepotisme mereka berterusan.

Buktinya kata beliau, jawatan Naib Pengerusi yang pernah dipegangnya merupakan satu lantikan tanpa melalui sebarang pemilihan oleh perwakilan mahu pun dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Contohnya, hanya dua hari saya masuk DAP, saya sudah dilantik sebagai Naib Pengerusi tanpa ada apa-apa pemilihan parti. Jadi di mana demokrasinya?

“Kalau nak kata DAP ini parti demokratik, adalah salah sama sekali. Walaupun ada pemilihan parti sekali pun, pe­mimpin mereka sendiri yang tentukan. Pemilihan parti hanya wayang kulit semata-mata,” katanya kepada Utusan Malaysia

Dinasti Lim terus mencengkam demokrasi dalam DAP sehinggakan pemilihan CEC parti itu pada 15 Disember 2012 boleh diubah 19 hari kemudiannya iaitu pada 3 Januari 2013 atas alasan kesilapan teknikal.

Zairil Khir Johari yang pada mulanya tewas dengan 305 undi kemudiannya diisytiharkan menang dengan 803 undi. Guan Eng pula tetap memegang jawatan Setiausaha Agong walaupun undi beliau jatuh sehingga tangga kelima.

Ahli DAP mendakwa keputusan itu diubah melalui manipulasi pengiraan dalam komputer, malah sehingga hari ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) masih belum mengiktiraf keputusan pemilihan CEC parti tersebut.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz berkata, kepemim­pinan diktator DAP amat terserlah kerana mereka tidak boleh menerima sebarang teguran atau kritikan sebaliknya hanya mahu semua ahli mengikut telunjuknya.

Katanya, Penasihat DAP dan anaknya itu akan terus mengekalkan Dinasti Lim sampai bila-bila dan mana-mana ahli tidak boleh mencabar kedudukan itu selagi mereka berdua masih hidup.

“Isu pemilihan DAP masih belum selesai sampai sekarang. Sepatutnya pemilihan diadakan tahun lalu tetapi ditangguhkan kononnya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Sebenarnya ini semua permainan Guan Eng kerana beliau tidak mahu kehilangan jawatannya sebagai Setiausaha Agung kerana tempoh dua penggal yang dipegangnya akan berakhir kalau pemilihan diadakan,” katanya.

Pemilihan CEC kali ke-16 yang diadakan pada 15 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang diumumkan seperti berikut :

1. Lim Kit Siang – 1,607 undi
2. Lim Guan Eng – 1,576 undi
3. Karpal Singh – 1,411 undi
4. Chong Chieng Jen – 1,211 undi
5. Anthony Loke Siew Fook – 1,202 undi
6. Vincent Wu Him Ven – 1,202 undi
7. Tan Kok Wai – 1,199 undi
8. Gobind Singh Deo – 1,197 undi
9. Tony Pua Kiam Wee – 1,162 undi
10. Teng Chang Khim – 1,152 undi
11. Fong Kui Lun – 1,137 undi
12. Nga Kor Ming – 1,075 undi
13. Chong Eng – 1,006 undi
14. Chow Kon Yeow – 986 undi
15. Liew Chin Tong – 984 undi
16. Kulasegaran Murugeson – 984 undi
17. Boo Cheng Hau – 958 undi
18. Teresa Kok Suh Sim – 925 undi
19. Teo Nie Ching – 903 undi
20. Ngeh Koo Ham – 824 undi
Hanya 20 teratas dapat masuk CEC
21. Zairil Khir Johari – 803 undi
22. Tan Seng Giaw – 802 undi

Jika tiada manipulasi undi kedudukan tiga calon India, iaitu Karpal Singh (1,411 undi), Gobind Singh Deo (1,197 undi) dan Kulasegaran Murugeson (984 undi) akan menerima nasib yang sama dengan lapan calon Melayu yang lain iaitu Zairil Khir Johari (803 undi) Senator Ariffin S.M. Omar (348 undi), Ahmad Ton (347 undi), Harun Ahmad (28 undi), Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi) Tengku Zulpuri Shah (121 undi) Zulkifli Mohd Nor (215 undi) dan Roseli Abdul Gani (39 undi).

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman mengesahkan berlakunya rasuah dalam pemilihan DAP sepertimana yang dialaminya sendiri.

So, ini merupakan kempen poster saya pada tahun 2010 (tunjuk slide). Saya bertanding jugalah dalam satu pemilihan peringkat negeri Pulau Pinang, sebanyak 95 calon bertanding. Dia nak pilih 25 orang saja.

Tapi saya berjaya mendapat tempat yang ke 21. Selepas itulah saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melayu di Pulau Pinang.

Tapi saya difund. Fund yang saya dapat ni semuanya melalui Lim Guan Eng. Dia yang fund untuk kempen saya.

Secara sulit dia bagi duit untuk saya. Dia nak pastikan saya menang. Dialah yang beri segala-gala kemewahan untuk saya berlobi pada tahun itu.

Selanjutnya, sila baca “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s