Tun M Pertahan Pemecatan Anwar Pada 1998

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan layanannya terhadap ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Mengulas soalan yang diajukan di Facebook yang dirakamkan secara langsung mengenai adakah beliau kesal dengan sebarang layanan terhadap Anwar, bekas perdana menteri itu berkata, beliau hanya “bertindak balas terhadap situasi ketika itu”.

“Tetapi keadaan adalah berbeza sekarang,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu temuramah dengan wartawan dan pengerusi Nation Multimedia Group dari Thailand, Suthichai Yoon.

“Jika kita terus membangkitkan masa lalu, anda tidak dapat bekerja dengan sesiapa pun.

“Saya tidak marah mengenai masa lalu, beliau juga tidak marah mengenai perkara yang lepas,” kata Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan.

Dr Mahathir turut menyifatkan Anwar sebagai “cukup berupaya” untuk menjadi perdana menteri, sambil menambah bahawa perdana menteri Malaysia yang akan datang “tidak akan begitu kuat seperti yang sekarang”.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir pada 1998, namun Anwar kemudiannya dipecat dari Kabinet-Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s