Anugerah Datuk Seri Kepada Samad Said – Dr Kamarul

Seperti dimaklumi, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas, telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri kepada 1,481 penerima bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-79 TYT pada hari Sabtu, 22 Julai 2017 lalu. Antara 14 penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, yang merupakan ahli seumur hidup DAP.

Saya bagaimanapun agak terkejut mendengar rakaman ucapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, di Rumah Terbuka dan Jamuan Aidil Fitri DAP di Bala’s Banana Leaf Restaurant, Bangsar, pada hari yang sama, Sabtu, 22 Julai 2017, yang menyebut mengenai penganugerahan DGPN kepada Datuk A Samad Said kerana Lim Kit Siang menyebut penganugerahan ini adalah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bukan oleh TYT.

Ucap Lim Kit Siang: “Thanks Dr Maszlee for all the, that he is appreciative of the Penang State Government’s conferment of Datuk Seri on our Sasterawan Laureate, Pak Samad”. (“Terima kasih kepada Dr Maszlee atas semua, bahawa beliau menghargai penganugerahan Datuk Seri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Sasterawan Negara kita, Pak Samad”).

Pelik kenapa Lim Kit Siang menyebut penganugerahan ini adalah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bukan oleh TYT, sedangkan setahu saya Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanyalah sekadar berkuasa mencadangkan nama penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri sahaja tetapi penganugerahannya pula adalah dibuat oleh dan atas perkenan TYT.

Apakah ucapan Lim Kit Siang ini sekadar satu “slip of the tongue” (terlepas cakap) atau apakah ia indikasi perjuangan sebenar DAP yang menyentuh soal kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri adalah perkara yang boleh dispekulasikan.

Apa yang jelas ialah tiada satu pun daripada semua 18 matlamat penubuhan DAP yang tertera di dalam perlembagaan DAP yang menyentuh mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu ini.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s