Isu Splash : Azmin Alih Perhatian, Tuduh KeTTHA Minta Selangor Naik Tarif Air

SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah cuba mengalihkan perhatian daripada menjawab status pengambilaihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) apabila membuat tuduhan kononnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mendesak kerajaan negeri menaikkan tarif air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak menyifatkan tuduhan Azmin itu bukan sahaja tidak berasas tetapi menunjukkan Menteri Besar itu cuba mengelirukan rakyat.

“Sebenarnya, KeTHHA tidak bertanggungjawab dalam soal kenaikan tarif air di Selangor. Sebaliknya, sebarang pemohonan untuk menaikkan tarif air adalah datangnya daripada kerajaan negeri atau syarikat-syarkkat konsesi air sendiri.

“Maka, tuduhan Azmin itu saya dapati amat meragukan seolah-olah dia cuba mengelirukan rakyat Selangor. Malahan, kenaikan tarif air juga tidak boleh dibuat kerana isu pengambilalihan Spalsh masih lagi belum selesai,” katanya kepada para wartawan di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Selain itu, Sulaiman menyatakan beliau akan meminta salinan surat daripada kerajaan negeri mengenai tuduhan Azmin itu termasuklah merujuk kepada KeTTHA untuk maklumat lanjut.

Semasa sesi pertanyaan dalam DUN Selangor hari ini, Azmin menyatakan kepada ahli-adli dewan bahawa KeTTHA ‘mengasak’ kerajaan negeri memberikan komitmen bertulis untuk menaikkan tarif air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Mohamed Azmin, tindakan KeTTHA itu dibuat melalui surat rasmi kepada kerajaan negeri pada 26 Mei lalu – selangorpost.com.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s