Pulau Pinang Usah Berdolak Dalik Isu IBR – SPRM

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu berdolak dalik atau menyalahkan pihak lain mengenai keengganan mereka untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkfli Ahmad.

Beliau menegaskan pelaksanaan IBR dibuat atas kapasiti sukarela dan SPRM tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kepada mana-mana pihak untuk menandatangani ikrar tersebut.

“Saya tidak tahu beliau (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng), kenapa (SPRM) hendak kena jemput pula (buat IBR) ? Ini saya tidak pasti, negeri-negeri lain tidak ada pula (tiada jemputan), kenapa Pulau Pinang pula nak kena jemput? hebat betul Pulau Pinang ini.

“Saya berasa hairan maka terpulang kepada kepimpinan kerajaan Pulau Pinang hendak buat IBR atau tidak, saya senang sahaja dan tidak perlu berdolak-dalik perkara ini,” katanya pada sidang akhbar majlis IBR bersama PDRM di Pusat Latihan Polis, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan bahawa Lim tidak menjemput SPRM untuk melaksanakan IBR.

Dzulkifli berkata IBR menunjukkan ketelusan dan kepimpinan untuk bebas rasuah dan salah guna kuasa serta mempunyai daya saing yang tinggi mengenai IBR.

“Sekiranya mana-mana negeri nak buat IBR mereka akan menghubungi SPRM untuk buat program IBR sebagaimana yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pagi ini,” katanya.

Katanya inisiatif menandatangani IBR menunjukkan komitmen dan keseriusan sesebuah negeri atau organisasi itu untuk bebas gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“SPRM tidak mahu paksa sekiranya paksa akan jadi tidak elok maka tidak nampak kesungguhan dan keseriusan mereka, sebab itu ia dibuat secara sukarela,” katanya.

Beliau berkata apabila IBR dibuat secara paksaan maka rakyat tidak yakin dengan pihak berkuasa untuk banteras rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap Felda Investment Coorperation (FIC) berhubung pembelian sebuah hotel mewah di London, Dzulkifli berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Pada Jumaat lepas SPRM telah menahan dua individu yang disyaki memanipulasi harga hotel, maka akan ada beberapa tangkapan lagi dalam masa terdekat, InsyaAllah,” katanya.

Mereka yang ditahan merupakan pengarah sebuah syarikat perundingan pengurusan aset berusia 45 tahun manakala seorang lagi ialah Ketua Unit Harta sebuah syarikat perkhidmatan pos yang berusia 36 tahun.

Baru-baru ini, SPRM dalam satu kenyataan berkata beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014 selepas SPRM menerima maklumat baharu berhubung kes itu.

Hasil maklumat siasatan awal mendapati FIC, yang merupakan entiti pelaburan yang diwujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 2013, didakwa membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s