SPLASH Skandal Terbesar Azmin


Captain M – 1. Apa lagi helah Azmin Ali MB Selangor mengenai SPLASH? Kata Azmin, kerajaan pusat belum memaklum nilai ambil alih SPLASH kepada kerajaan negeri Selangor. Semua pihak tahu hubungan ISTIMEWA Azmin Ali dengan syarikat taikun Gamuda yang memiliki SPLASH. April lalu Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB membuat kenyataan media mengenai SPLASH apa moral Azmin bersungguh-sungguh mahu membayar RM2.7 billion kepada SPLASH meskipun taksiran asal hanya RM250juta? Baca di sini

2. Azmin MB berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menerusi surat bertarikh 26 Mei 2017 hanya memaklumkan kaedah penilaian ke atas Splash oleh penilai bebas antarabangsa yang dilantik kerajaan pusat.

3. Splash adalah syarikat konsesi terakhir yang belum bersetuju dengan tawaran Selangor. Mengapa Azmin melengahkan? Tidak ada isu Kerajaan Persekutuan menaikkan tarif. Ini semua alasan Azmin sahaja.

4. Pada 12 September 2014 Kerajaan Persekutuan dan Selangor memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menerusi perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), sebuah entiti baharu yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi. Sejumlah RM 9.13bilion dimuktamadkan

5. Menerusi perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd mengambil alih tiga syarikat konsesi air negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan pemegang lesen perkhidmatan iaitu Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB). Baca selanjutnya di sini

6. Sehingga tarikh akhir tamat 7 Oktober rundingan Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) belum selesai. Malah sehingga kini nampaknya polemik itu berpanjangan. Kisah kepentingan Azmin dan Splash yang dijual RM250.6 juta menjadi RM2.7Bilion boleh dibaca di sini. baca Klik 1, klik 2,Klik 3

7. Pada Mei lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili dilaporkan bernada keras sebagai berkata bahawa kerajaan pusat mempunyai opsyen untuk mengambil alih Splash menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air jika Selangor tidak dapat menyelesaikan isu konsesi air sehingga 7 Oktober, 2016. Hari ini Azmin Ali masih gagal menetapkan harga untuk SPLASH. mengapa?

8. Azmin masih berdiam mengenai komisen RM600 juta yang bakal diterima oleh PKR dan Anwar hasil jualan SPLASH. Azmin perlu menggunakan duit tersebut untuk pilihanraya. Begitu juga isu lot tanah 68054 Paya Indah Wetlands milik Gamuda yang diluluskan cepat pertukaran statusnya. Azmin kelu seribu bahasa dengan Gamuda hatta sekalipun Gamuda menipu!.

9. Sekarang Azmin Ali mahukan nilai dari KeTTHA sedangkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim terdahulu meletakkan nilai RM 250.6 juta dan Azmin kini penuh helah untuk meletakkan RM2.7b harga SPLASH. Jadi tak perlulah Azmin beralasan kononnya kerajaan persekutuan akan menaikkan taarif. Apa lagi helah Azmin ni?

Advertisements

One thought on “SPLASH Skandal Terbesar Azmin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s