Tun Mahathir Berkata Kepada Diri Sendiri – Dr Kamarul

Termangu seketika saya selepas mendengar ucapan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam majlis “Dialog Tokoh Politik Bersama Cendekiawan Melayu: Hala Tuju Politik Melayu” di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, tengahari tadi, 25 Julai 2017.

Sebab terbesar kenapa saya termangu begitu adalah kerana mendengar Tun Dr Mahathir bercakap mengenai berkurangnya perjuangan Melayu di dalam parti-parti Melayu di Malaysia sekarang, termasuk dalam isu bahasa, ekoran berpecahnya orang-orang Melayu kepada banyak parti.

Menggunakan contoh satu signboard dekat rumah beliau yang hanya mengandungi tulisan besar Cina dan tulisan Inggeris, tanpa walau sepatah pun tulisan Melayu, Tun Dr Mahathir dua kali menyebut kemungkinan bahasa Cina akan menjadi bahasa kebangsaan disebabkan perpecahan Melayu ini.

Kali pertama kemungkinan bahasa Cina akan menjadi bahasa kebangsaan ini mulanya disebut secara umum oleh Tun Dr Mahathir melalui kata-kata berikut: “So eventually may be Chinese will become national language. Why? Because Malays are weak. They are fighting each other and they have become weak.”

(Terjemahan: “Jadi akhirnya mungkin Cina akan menjadi bahasa kebangsaan. Kenapa? Kerana orang-orang Melayu lemah. Mereka bergaduh antara satu sama lain dan mereka sudah menjadi lemah.”)

Kedua kemungkinan ini berlaku disebut secara lebih khusus oleh Tun Dr Mahathir melalui kata-kata berikut: “Sepatutnya mereka (orang Melayu) bersatu, kalau ada masalah pun debate within your group. But when you break up into four parties five parties, all of you become weak. Dan kita bila weak, kita hendak sokongan, kita kena cari bukan Melayu-lah. Dan bila kita cari bukan Melayu, sedikit sebanyak there is quid pro quo. You dapat bantuan, sokongan, you kena bagi sesuatu. And we are, all the while we are giving in bit by bit by bit. By 2050 there will be no Malay language.”

(Terjemahan: “Sepatutnya mereka (orang Melayu) bersatu, kalau ada masalah pun berdebat dalam kumpulan kamu. Tapi bila kamu berpecah kepada empat parti lima parti, kamu semua menjadi lemah. Dan kita bila lemah, kita hendak sokongan, kita kena cari bukan Melayu-lah. Dan bila kita cari bukan Melayu, sedikit sebanyak ada timbal balas. Kamu dapat bantuan, sokongan, kamu kena bagi sesuatu. Dan kita sedang, selama ini kita mengalah sedikit demi sedikit demi sedikit. Menjelang 2050 tiada lagi bahasa Melayu.”)

Punca terbesar kenapa saya termangu begitu adalah kerana bila diamat-amati dengan teliti ucapan Tun Dr Mahathir ini, kita akan dapati seolah-olah beliau sebenarnya sedang mengata kepada diri beliau sendiri:

Tun Dr Mahathir berkata, “kalau ada masalah pun berdebat dalam kumpulan kamu”, tetapi Tun Dr Mahathir sendiri bertindak keluar dari parti beliau bila menghadapi masalah.

Tun Dr Mahathir berkata, “kita bila lemah, kita hendak sokongan, kita kena cari bukan Melayu-lah”, tetapi Tun Dr Mahathir sendiri cari bukan Melayu untuk sokongan.

Dan, bila Tun Dr Mahathir berkata, “dan bila kita cari bukan Melayu, sedikit sebanyak ada timbal balas”, apakah ini satu pengakuan jujur beliau mengenai perkara-perkara yang sedang dan akan berlaku dalam Pakatan Harapan?

Something seems to be very wrong somewhere.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Advertisements

2 thoughts on “Tun Mahathir Berkata Kepada Diri Sendiri – Dr Kamarul

  1. Orang dah nyanyuk ,dia cakap ikut akalnya yg dah nyayuk lah.Namun dia menyangka cakapnya masih di anggap betul oleh orang lain.Kita kena bersyukur kepada Allah yg memberi petunjuk jelas kepada kita ,bila Mahahtir di terima oleh PH terutamanya LKS Anwar dan Mat Sabu.Sekarang kita memahami secara jelas bahawa mereka tokoh hipokrit terulung ,yg sangat berbahaya kepada rakyat dan negara jika terperangkap dgn tipu daya dan lakunan mereka.Puluhan tahun kita mendengara syarahan mereka mengenai kebusukan Mahahtir ,tiba-tiba meraka menjadikan Mahahthir pemimpin penting di kalangan mereka.Alangkah hipokrit dan gilanya mereka ini.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s