Diperintah Bayar RM300,000 Fitnah NFC, Rafizi Minta Sumbangan Orang Ramai

malaysiandigest – Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meminta rakyat untuk membayarkan saman RM300,000 dikenakan ke atasnya ekoran fitnah dilakukan oleh NFC Corp enam tahun lalu walaupun Ahli Parlimen Pandan itu mempunyai simpanan pelaburan bernilai lebih RM1 juta.

“Rafizi sudah tiada akaun (pelaburan) Tabung Haji, tapi masih ada RM261,000 di Amanah Saham Berhad (ASB) dan RM775,000 di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Mengapa perlu kutip derma untuk bayar saman fitnah RM300,000?” kata penganalisis politik, Lim Sian See.

Perintah bayaran saman diserahkan kepada peguam Rafizi oleh wakil NFC atau pemimpin PKR itu akan diisytihar bankrap, kata Rafizi dipetik kenyataannya.

“Beberapa minggu lalu, peguam saya menerima surat tuntutan meminta RM300,000 dibayar. Jika tidak mereka menggugut untuk memulakan perbicaraan mengisytiharkan saya bankrap.

“Rayuan saya terhadap keputusan (saman) hanya akan didengar pada Oktober 2017, dan oleh itu, malangnya, saya terpaksa menurut.”

Sementara itu, Netizen menyifatkan usaha Rafizi untuk mengumpulkan dana sebagai wayang politik bagi meraih simpati.

“Ni berjuang untuk rakyat ke, nak menyusahkan rakyat,” soal Eddiman Norbi.

“Sayang guna duit sendiri, baik guna duit supporter,” kata Hven Kho.

“Duit rakyat senang digunakan untuk finah orang,” ujar Rajneethi Guru.

“Kata negara dah nak bankrap, rakyat menderita GST tapi suruh rakyat derma. Kesotongan apakah???” soal Feruzz.

Rafizi pada November tahun lalu diperintah membayar ganti rugi kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar.

Mahkamah menetapkan saman sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi munasabah kepada Mohamad Salleh selain memerintah Rafizi membayar kos RM100,000 kepada plaintif.

Mohamad Salleh dan NFCorp memulakan saman terhadap Rafizi pada 2012 selepas ahli parlimen pembangkang itu membuat kenyataan fitnah di ibu pejabat PKR.

Rafizi mendakwa, syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan hartanah KL Eco City.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s