DAP Rampas Semua Jawatan Penting Pakatan Harapan Pulau Pinang

AIDCNews -27/07/17 – DAP menunjukkan belang sebenar dalam Pakatan Harapan apabila membolot enam daripada sembilan jawatan semasa pembentukan Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan negeri manakala Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow pula memegang Timbalan Pengerusi paling kanan bersama wakil PKR, PPBM dan PAN.

Selain itu, Kon Yeow juga dipertangungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan negeri.

DAP juga merebut jawatan Setiausaha Pakatan Harapan negeri yang disandang oleh Setiausaha Organisasi DAP negeri, Wong Hon Wai, manakala Timbalan Pengerusi DAP negeri Jagdeep Singh Deo pula dilantik sebagai Bendahari.

Ketua Wanita DAP negeri, Lim Siew Khim pula dilantik sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan negeri.

Selebihnya, Marzuki Yahya, Pengerusi PPBM negeri; Datuk Dr Mansor Othman, Pengerusi PKR negeri dan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi PAN negeri berkongsi jawatan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan negeri bersama Kon Yeow.

Pengarah pilihan raya PKR negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff pula dilantik sebagai pengarah pilihan raya Pakatan Harapan negeri.

Manakala Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin pula dilantik sebagai ketua maklumat Pakatan Harapan, selain memegang jawatan sebagai jawatan Ketua Pemuda Pakatan Harapan negeri.

Advertisements

One thought on “DAP Rampas Semua Jawatan Penting Pakatan Harapan Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s