Mahathir Jadi Bahan Kecaman Dalam Forum Pembangkang

AIDCNews -27/07/17 –Forum bertajuk “Mahathir Agen Pembaharuan atau Pemusnah” anjuran Kelab Bangsar Utama menjadi medan untuk mengecam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Panel Hariss Ibrahim menyifatkan PPBM adalah UMNO baharu versi Mahathir yang sama seperti UMNO pada tahun 1988.

“Majoriti anak muda pro pembangkang di zaman Pakatan Rakyat tidak dapat menerima Mahathir. Ini bukan soal Mahathir tu dari UMNO, tapi soal PRINSIP..

“Kalau betul nak selamatkan Malaysia daripada PERASUAH kenapa Mahathir dikecualikan? Sedangkan kamulah (PANDAPPKR) yang dok hasut rakyat dari tahun 1998-2016 (bahawa) Mahathir adalah perasuah besar dalam negara,”ulas Raja mengenai forum itu.

Menurutnya, Presiden PAN, Mohamad Sabu sendiri gagal mempertahankan Mahathir dalam forum itu, malah beliau gagal menjawab soalan bertubi-tubi daripada S. Arutchelvan, aktivis Parti Sosialis Malaysia.

“Mat Sabu seperti biasa cuba menafikan yang PH tidak tunduk kepada Mahathir. Hujahnya adalah PH bermesyuarat selama 4 jam setengah kerana Mahathir bukan lagi seorang yang diktator, tambah Mat Sabu kalau Mahathir diktator mesyuarat hanya mengambil masa 15 minit sahaja..

“Ini satu penafian yang cukup memalukan, sedangkan mesyuarat selama 4 jam setengah telah bersetuju melantik Mahathir sebagai CHAIRMAN PH bukannya Bendahari PH…CHAIRMAN!!!

“PH terpaksa mengakui bahawa mereka sekarang berada dalam krisis, siapa PM pilihan PH?? Dan yang paling ketara bila pembahagian kerusi.

“PH akan kehilangan majoriti pengundi di atas pagar dalam PRU 14. Ini kerana mereka sudah tidak yakin dengan PH. Silent majority yang meluat dengan PH akan bangkit pada PRU14. KAMI BOSAN DIPERBODOHKAN,”ulasnya lagi.

Peserta forum itu juga turut bersetuju dengan kenyataan ahli panel, Hishamuddin Rais yang menegaskan bahawa pada PRU 14 nanti UMNO/BN akan kembali berkuasa di Putrajaya.

“Bagi aku Mahathir ni adalah agen pembaharuan untuk “UMNO baru” (rebranding UMNO) dan pemusnah untuk PH,”tegasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s