Buku G25 Bahaya, Pengharaman Langkah Tepat – Khalif Muammar

Saya menyokong pengharaman buku Breaking the Silence: Voices of Moderation terbitan G25 malah sejak ia dilancarkan pada tahun 2015 buku ini telah mengelirukan ramai orang. Buku ini jelas mengandungi fahaman dan agenda liberalisasi agama yang berbahaya kepada Aqidah umat Islam bahkan berpotensi memecahbelahkan masyarakat kerana ia juga memperjuangkan idea pensekularan negara dan tidak menerima hakikat bahawa Malaysia bukan negara sekular.

Kita tidak menentang kebebasan bersuara atau berekspresi. Kita mendokong konsep kebebasan sebagai suatu hak dan prinsip politik yang mesti dihormati, namun kebebasan tidak boleh disalahgunakan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Kita hanya boleh menerima prinsip kebebasan yang tidak melampaui batas dan tidak boleh sesekali meraikan kebebasan yang melampaui batas. Kerana kebebasan seperti ini akan menimbulkan masalah yang besar kepada masyarakat.

Di antara penulis buku ini adalah Farouk A Peru, seorang anti hadith yang mengaku Qur’anis. Ia mengatakan bahawa Pluralisme agama adalah bertepatan dengan mesej al-Qur’an, dan pluralisme yang dimaksudkan adalah keyakinan bahawa semua agama adalah sama benar.

Beliau juga mengatakan bahawa rukun Islam dan rukun Iman tiada di dalam al-Qur’an oleh kerananya tidak mengapa jika ada orang Islam yang tidak mempercayainya.

Farouk A Peru juga berpandangan bahawa Islam yang disebutkan di dalam al-Qur’an bermaksud keamanan dan bukan suatu agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, oleh kerana itu semua agama yang mengandungi mesej dan prinsip umum keamanan ini perlu dikira sebagai Islam.

“While people may say “Islam has five pillars of religion and six pillars of belief”, there are Muslims who do not believe in either one despite the fact that they are almost ubiquitous. Those Muslims base their reasoning on the fact that these formulae are not found in the Qur’an itself.” (hlm. 174)

“Therefore, we come to the conclusion that by ‘Islam’ (in the Qur’anic statements which proclaim that Islam is the only acceptable religion in the sight of God), the Qur’an refers to the universal principle of peace (salam in Qur’anic diction) and not simply the Islam which was brought by Prophet Muhammad which is more localised to the context of ancient Arabia. All religious groups have a measure of this principle of peace and will be judged accordingly.” (hlm. 176)

“What we have described above is the idea of pluralism. Pluralism, in the context of this essay, is the notion that there are many paths and truths, all of which are equally valid. It defies the notion that there is only one single truth to which everyone must subscribe or suffer damnation.”

Pernyataan Farouk A Peru ini jelas berbahaya kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang asas, perkara-perkara prinsip yang jika ditolak boleh mengeluarkan seseorang daripada agama Islam.

Di dalam buku ini juga terdapat gesaan agar umat Islam diberi kebebasan untuk murtad dan juga perkahwinan beza agama. Lebih baik penyebaran ideologi liberalisme yang melampau ini terkawal kerana jika tidak ia akan merosakkan lebih ramai orang. Hal ini bertepatan dengan prinsip sadd al-zara’i’ di dalam hukum Islam yang bertujuan untuk menutup pintu-pintu yang boleh membawa kerosakan besar kepada masyarakat.

Dr. Khalif Muammar A. Harris,
Professor Madya dan Penyelaras akademik di Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS),
Universiti Teknologi Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s