Isu Kad Pengenalan Dr M, DAP Tak Puas Hati Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Tidak berpuas hati dengan pendedahan kad pengenalan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, satu laporan polis oleh DAP dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo mempertahankan Dr Mahathir dengan menyifatkan tindakan Ahmad Zahid sebagai keterlaluan dan mengaibkan.

“Kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri ke atas Dr Mahathir semalam adalah mengaibkan sangat.

“Tindakan Menteri Dalam Negeri yang tidak matang perlu dikecam,” kata Gobind dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Gobind, satu laporan polis juga dibuat ke atas Ahmad Zahid yang dilakukan oleh seorang ahli DAP, Zulhazmi Shariff di Balai Polis Dang Wangi.

“Beliau perlu menghadapi siasatan yang wajar terhadap tindakannya menggunakan maklumat awam yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam majlis politik,” katanya.

Ahmad Zahid semalam menyindir Dr Mahathir yang mengiibaratkan beliau sebagai ‘habis madu, sepah dibuang.’

Justeru katanya, ungkapan Melayu mudah lupa memang sesuai untuk digandingkan dengan Dr Mahathir yang sanggup bersengkongkol dengan pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan yang pernah dipimpin beliau selama 22 tahun selama ini.

“Orang yang lama mempimpin kita adalah sering ungkapkan Melayu mudah lupa, tetapi ini adalah kad pengenalan beliau.

“Nama beliau adalah Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. No kad pengenalan biru beliau adalah 2232518. Ini yang diberikan Ketua Pengarah JPN kepada saya.

“Orang itulah yang memperjuangkan aliran Melayu dan mempergunakan Melayu. Bila habis madu sepah dibuang. UMNO sebagai madu dan kita sebagai sepahnya,” katanya dalam ucapan penutup Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya semalam. – MalaysiaGazette

Advertisements

2 thoughts on “Isu Kad Pengenalan Dr M, DAP Tak Puas Hati Buat Laporan Polis

  1. Ini bukan satu penghinaan ,tapi pendedahan kebenaran.Selama ini individu berkaitan membohongi rakyat ,berlagak kononnya ikhlas sebagai pembela Melayu ,tapi hakikatnya ramai tokoh yg benar-benar Melayu sendiri telah di ‘korbankan’ oleh beliau utk membolehkan beliau berkuasa.Sampailah masanya orang Melayu kena tahu siapa beliau sebenarnya.Patutlah selama ini beliau sering kali memperlekehkan orang Melayu ,bahasa Melayu ,keistimewaan Melayu dan kedaulatan raja Melayu,namun tidak di sedari keran kepintaran beliau berpura-pura sebagai Melayu ultra.Sekarang pun beliau ,mahu memperalatkan orang Melayu utk memusnahkan parti dan pemimpin Melayu,secara berkerjasam dgn parti yg sudah terkenal lama sebagai anti Melayu dan Islam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s