Notis 7 Hari Untuk Pemangku Pengerusi DAP Bayar Hutang Kepada Jenice Lee

AIDCNews -31/07/17 –Mahkamah memerintahkan notis tujuh hari kepada pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai membayar hutang kepada bekas anggota Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee Ying Ha.

Pada Sep 2015, Tan kalah saman fitnah terhadap Jenice apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’hara memutuskan bahawa dua kenyataan yang dibuat oleh Jenice terhadap Tan pada 3 Julai 2014 tidak berbaur fitnah, merendahkan reputasi plaintif atau mendedahkan plaintif kepada kebencian.

Hakim berkata Tan juga gagal untuk membuktikan kebarangkalian yang munasabah terhadap kedua-dua kenyataan dan memerintahkannya membayar kos RM50,000 kepada Jenice.

“Selepas meneliti penghakiman sebelumnya dan kedua-dua kenyataan, mahkamah mendapati bahawa kedua-dua kenyataan tidak berbaur fitnah. Oleh yang demikian, mahkamah membuat keputusan dengan memihak kepada defendan (Jenice),” kata hakim.

Pada 15 Julai 2014, Tan memfailkan saman terhadap Jenice, mendakwa bahawa beliau telah menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya dan telah menghantar mesej itu kepada semua media menggunakan telefon bimbitnya serta menerbitkannya dalam laman Facebook pada 3 Julai tahun yang sama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s