PAS Mahu Rampas Semula Kerusi Parlimen PKR Di Kuantan & Indera Mahkota

AIDCNews -31/07/17 –PAS berhasrat untuk merampas semula dua kerusi Parlimen di Kuantan dan Indera Mahkota yang sebelum ini ditandingi calon PKR.

Kerusi Parlimen Indera Mahkota sebelum ini ditandingi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, manakala kerusi Parlimen Kuantan ditandingi Fauziah Salleh.

Pesuruhjayanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata dua kerusi Parlimen itu adalah di antara ‘tiga kerusi panas’ yang bakal ditandingi PAS pada PRU 14.

Selain dua kerusi Parlimen itu, PAS juga bercadang meletakkan calon di Bentong termasuk kesemua kerusi DUN iaitu Pelangai, Bilut, Sabai serta Ketari.

“PAS Pahang memutuskan demikian setelah menerima desakan jentera pilihan raya dan akar umbi parti ini setelah PAS tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi dengan PKR dan DAP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Ramah Mesra PAS Pahang bersama Media, di Medan Warisan di Kuantan, petang semalam.

Pada PRU 13, kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota diwakili oleh PKR manakala DAP bertanding di Bentong.

Dalam Parlimen Indera Mahkota, PAS menang di DUN Beserah dan PKR menang di DUN Semambu pada PRU lalu.

Manakala di Kuantan, PAS menang di DUN Tanjung Lumpur dan PKR menang di Teruntum tetapi tewas di Inderapura.

Sebelum ini pada Konvensyen PAS Pahang April lalu, Ustaz Rosli mengumumkan akan bertanding sekurang-kurang 30 kerusi DUN dan 10 parlimen.

Advertisements

One thought on “PAS Mahu Rampas Semula Kerusi Parlimen PKR Di Kuantan & Indera Mahkota

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s