Anina Lapor SPRM Pertahan Diri Sendiri

AIDCNews -01/08/17 –Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mempertahankan dirinya daripada difitnah telah menerima wang sebanyak RM7 juta untuk kembali menyertai UMNO.

“Saya mohon semoga pihak SPRM menyiasat diri saya, sama ada benar saya menerima wang RM7 juta.

“Jika dahulu saya berjuang untuk rakyat, kali ini saya perlu berjuang untuk diri sendiri kerana saya sedar tiada siapa pun yang akan membela saya walaupun selama ini telah saya bergolok bergadai untuk sebuah perjuangan,”katanya dalam Facebook.

Anina yang juga Ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM berkata fitnah yang dilakukan sendiri oleh ahli partinya, iaitu Setiausaha PPBM Bahagian Langkawi Puteri Fataharyati Harun.

“Hari ini saya hadir ke SPRM untuk memaklumkan tentang dakwaan (fitnah) bahawa saya telah memerima wang sebanyak RM 7 juta dari pihak UMNO oleh Setiausaha PPBM Bahagian Langkawi pada 31 March 2017.

“Berulang kali saya difitnah oleh ahli parti sendiri namun saya tidak pernah dibela.

“Sudah sampai masanya saya bangun untuk membela diri sendiri untuk kali ini,”katanya lagi.

Beliau turut mengakui walaupun sebelum ini beliau pernah berjuang untuk menegakkan kebenaran sehingga tertubuhnya PPBM, namun kini semua pengorbanannya telah dilupai, malah dirinya sendiri menjadi mangsa kezaliman.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Membela diri sendiri bukan lah suatu pengkhianatan sebaliknya membiarkan insan yang berkorban terus terusan difitnah itulah suatu kezaliman.”

Anina Lapor Polis, Dakwa Jadi Mangsa Fitnah PPBM Langkawi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s