Mengapa Pemimpin Amanah Tidak Berani Bersuara Isu Pengharaman Buku G25 – Dr Kamarul

Pada 7 Disember 2014, satu “Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia” yang ditulis oleh Datuk Noor Farida Ariffin dan 24 rakan beliau (iaitu Tan Sri Datuk Abdul Rahim Haji Din, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, Tan Sri Dr Aris Othman, Tan Sri Dr Ismail Merican, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, Tan Sri Dr Mustaffa Babjee, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, Tan Sri Dr Yahya Awang, Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, Datuk Abdul Kadir Mohd Deen, Datuk Anwar Fazal, Datuk Dali Mahmud Hashim, Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, Datuk Faridah Khalid, Datuk Latifah Merican Cheong, Lt Gen (Rtd) Datuk Maulob Maamin, Datuk Ranita Hussein, Datuk Redzuan Kushairi, Datuk Dr Sharom Ahmat, Datuk Syed Arif Fadhillah, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Datuk Zainuddin Bahari, Datin Halimah Mohd Said dan Puan Hendon Mohamad) telah disiarkan oleh akhbar The Star.

Intipati utama surat terbuka G25 ini adalah terkandung di dalam perenggan ini: “Pada hemat kami, terdapat keperluan segera untuk menilai kembali Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia. Undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai “dosa peribadi” sebagai jenayah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan. Undang-undang ini bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi rakyat.”

Menyusuli penyiaran surat terbuka G25 ini adalah penyiaran satu surat terbuka lain oleh 31 cendekiawan Islam (G31), juga oleh akhbar The Star, pada 17 Disember 2014 bagi menjawab kandungan surat terbuka G25 ini.

Surat terbuka G31 ini ditulis oleh Ahmad Awang, yang kini adalah Penasihat Umum AMANAH, dan Abdul Ghani Samsudin, yang kini adalah Timbalan Penasihat Umum AMANAH, bersama-sama 29 rakan mereka (iaitu Mohd Azmi Abdul Hamid, Tan Sri Dr Hj Harussani Hj Zakaria, Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor, Datuk Wan Mohamad Datuk Syeikh Aziz, Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz, Datuk Dr Hj Awang Sariyan, Prof Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud, Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, Prof Ismail Mohd, Prof Emeritus Dr Shaharir Mohammad Zain, Datuk Hj Sulaiman Abdullah, Datin Dr Mehrun Siraj, Prof Dr Wan Mokhtar Wan Yusof, Prof Dr Khairuddin Omar, Prof Dr Mohamed Aslam Mohamed Haneef, Prof Dr Mohd Sahaid Khalil, Prof Dr Husna Azhari, Prof Dr Mohd Nazari Ismail, Prof Madya Dr Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon, Prof Madya Dr Aidil Abd Hamid, Prof Madya Dr Zaini Hamzah, Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail, Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, Dr Mohd Roslan Mohd Nor, Dr Halim Muhammady, Dinsman (Shamsuddin Osman), Datin Aminah Zakaria, Ir Hj Asari Daud dan Ir Kassim Muhammad).

Intipati utama surat terbuka G31 ini adalah bahawa, berdasarkan kaji selidik sedunia the Pew Research Center pada 2013, sejumlah besar umat Islam di Malaysia (86%) mahu undang-undang Islam dijadikan undang-undang rasmi Malaysia yang hanya terpakai kepada umat Islam.

Kata G31, tiada negara yang boleh mengenepikan hasrat majoriti besar ini kerana pengenepiannya akan mendatangkan kesan negatif kepada keamanan dan kestabilan. Kata mereka, kita perlu mencari jalan untuk mengakomodasikan hasrat umat Islam terhadap undang-undang Islam di dalam kerangka demokrasi berperlembagaan tanpa menjejaskan hak golongan minoriti. Oleh itu, kata mereka lagi, kerajaan hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa berkuasa tinggi (a high-powered committee) untuk mengkaji semula Perlembagaan Persekutuan dan mencadangkan pindaan bagi memasukkan hasrat umat Islam dan mengukuhkan hak golongan minoriti.

Seterusnya, surat terbuka G31 ini mempersoalkan surat terbuka G25 yang mendakwa bahawa Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia. Kata G31, G25 tidak memberikan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan mereka ini.

Berdasarkan kandungan surat terbuka G31 ini, bila buku G25 diharamkan oleh kerajaan, sepatutnya para pemimpin AMANAH akan menyokong kuat tindakan kerajaan ini kerana Penasihat Umum AMANAH dan Timbalan Penasihat Umum AMANAH adalah antara 31 cendekiawan Islam yang mula-mula mempersoalkan pendirian G25 ini.

Malangnya, sehingga hari ini para pemimpin AMANAH masih gagal untuk bersuara. Soalnya ialah mengapa? Apakah kerana mereka takut kepada para pemimpin DAP yang sejak awal lagi telah mengecam pengharaman ini?

Dan apakah Penasihat Umum AMANAH dan Timbalan Penasihat Umum AMANAH (selain tokoh-tokoh lain seperti Prof Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud dan Prof Dr Mohd Nazari Ismail) masih berpegang kepada pendirian mereka dahulu bahawa kerajaan tidak boleh mengenepikan hasrat majoriti besar umat Islam di Malaysia (86%) yang mahu undang-undang Islam dijadikan undang-undang rasmi Malaysia yang hanya terpakai kepada umat Islam atau apakah mereka sudah berubah pendirian sekarang?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Advertisements

2 thoughts on “Mengapa Pemimpin Amanah Tidak Berani Bersuara Isu Pengharaman Buku G25 – Dr Kamarul

  1. takkan berani pemimpin2 melayu pakatan khususnya PAN bersuara ttg isu Buku G25 sebab mereka hanyalah bertaraf anjing penjilat lobang najis kafir2 DAP

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s