Benarkah Kit Siang Bukan Lahir Di Malaya? – PMSP

SELEPAS asal-usul keturunan Mahathir Mohamad mula terbongkar, kini latar belakang ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang pula dipersoalkan ekoran isterinya langsung tidak fasih bertutur bahasa Melayu.

Justeru sebuah badan bukan kerajaan, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menggesa tokoh veteran DAP itu untuk menyatakan bukti tempat kelahirannya selepas timbul keraguan beliau bukan dilahirkan di Malaysia.

Pengerusinya, Ramesh Rao mendakwa bahawa hasil daripada carian laman sesawang Wikipedia disemak pada 11 hari lalu tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia ke China dari tahun 1957 bagaimanapun telah diubah suai.

Suntingan ayat tersebut oleh pihak tertentu bulan lalu dipercayai demi menyorok fakta sebenar lokasi kelahiran Kit Siang kerana sebelum itu Wikipedia pernah memaparkan beliau berhijrah ke Malaya sebelum negara ini merdeka.

Ramesh dan beberapa individu lagi hadir berhimpun di depan Parlimen bagi menyerahkan memorandum untuk menuntut ahli politik veteren tersebut agar menunjukkan bukti dokumen kelahiran sebenarnya di Malaysia.

“Kita malah dapat maklumat ini daripada veteran-veteran DAP sendiri pada 8 Januari lalu bahawa Kit Siang tidak pernah lahir di Tanah Melayu. Jadi saya sudah beri kenyataan media kepada ahli Parlimen itu untuk penjelasan.

“Tapi beliau tak menjawab soalan kita. Di Wikipedia itu, kita ada bukti yang maklumat itu telah diubah suai apabila kini ia tulis lahir di Batu Pahat pula. Sebab itu kita nak bukti, beliau kena tunjukkan dokumen kelahiran rasmi.

“Ia sama ada memang benar Kit Siang dilahirkan di Malaysia atau beliau ini hanya tiba di Malaysia dari China,” kata Ramesh ketika ditemui pengamal media di pintu masuk bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Ujar Ramesh, ada timbul persoalan cepumas dalam laman Wikipedia sendiri apabila di bahagian susur masa ia menunjukkan pada tahun 1957, ia ditulis “tiba di Malaysia” tetapi tidak dimaklumkan dari tempat mana.

“Jadi, sebelum tahun 1957, di mana Kit Siang berada? Itu sebab kita mahu dia jawab di mana dilahirkan dan siapa yang sahkan kelahirannya,” kata Ramesh sambil mempersoalkan tahap kemampuan bahasa Melayu oleh Kit Siang.

“Kalau lahir di Malaysia, Kit Siang sendiri pun di Parlimen bukan fasih sangat berbahasa Melayu ketika berbahas dan kadang-kadang ada yang kita tak faham sebab kita tahu Cina Bangsa Johor tahu berbahasa Melayu,” jelasnya.

Ramesh bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum tuntutan tersebut kepada mana-mana ahli Parlimen sama ada wakil rakyat dari pakatan pembangkang dan Barisan Nasional termasuk menteri berkenaan.

Justeru, beliau memberi tempoh tujuh hari kepada ahli Parlimen Gelang Patah itu tampil menjelaskan asal usulnya atau laporan polis akan dibuat jika Penasihat DAP itu gagal berbuat demikian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s