Tun Mahathir Sahkan Ahli Majlis Tertinggi PPBM Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan salah seorang pemimpin parti itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembelian sebuah hotel mewah oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Bagaimanapun ujar Dr Mahathir, beliau percaya pemimpin itu yang juga bekas pembantu pengerusi FELDA, tidak terlibat.

Ujarnya lagi, parti akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan individu berkenaan.

“Kita akan ambil tindakan untuk jaga kepentingan dia kerana kita tak percaya dia terlibat.

“Dia bersama dengan bekas pengerusi itu sekian lama tapi dia berhenti sebab tidak puas hati,” katanya kepada pemberita di luar Istana Negara di sini petang tadi.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan bahawa bekas pembantu itu ditangkap berhubung pembelian sebuah hotel mewah oleh FIC di Kuching, Sarawak.

Walaupun tidak mendedahkan nama, dipercayai bahawa orang yang ditangkap itu adalah bekas pembantu kepada Tan Isa Abdul Samad, yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi FELDA pada 19 Jun lalu.

SPRM telah memperoleh perintah reman selama lima hari terhadap suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 – AP

Advertisements

One thought on “Tun Mahathir Sahkan Ahli Majlis Tertinggi PPBM Ditahan SPRM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s