Kenapa Kit Siang Marah-Marah Bila Ditanya Tempat Lahir, Soal Huan

AIDCNews -04/08/17 –Reaksi Lim Kit Siang yang marah-marah apabila ditanya mengenai tempat kelahirannya menimbulkan keraguan kepada ramai pihak.

“Kenapa mau marah-marah bila orang tanya lahir di mana? Jawab saja la. Ini bukan soalan yang susah,” kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

“Jawablah, soalan tidak susah, (kerajaan) Malaysia bukan mahu buang kerakyatannya,”katanya lagi.

Perkara sama turut dibangkitkan Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar.

“Kenapa susah sangat Lim Kit Siang nak bagi tahu di mana dia dilahirkan bila ditanya wartawan? Kalau lahir di Negara China sekalipun beritahu sajalah… apa masalahnya?

“Kalaupun dia naturalized citizen yang mendapat kerakyatan sebelum Malaya merdeka pun bukan jadi isu dah sekarang. Kenapa perlu berdalih dan mengelak dari menjawab soalan yang mudah dari wartawan? Apakah hakikat yang cuba disembunyikan?

“Dia dan Lim Guan Eng pernah ziarah kampung halaman keluarganya di pendalaman China pada November 2008. Siap bergambar ramai-ramai dengan adik-beradiknya di sana lagi. Lawatan dibuat selepas Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Mungkin juga tujuan lawatan itu untuk beritahu keluarga di sana mereka telah berjaya jadi orang besar di Malaya,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s