PAN Lahirkan Kebimbangan Penglibatan Pegawai Malaysia Kes PAS Saman Sarawak Report

AIDCNews -04/08/17 – Portal pro PAN, Malaysia Dateline melahirkan kebimbangan dengan penglibatan pegawai Malaysia dalam kes PAS menyaman Sarawak Report.

Lapor Malaysia Dateline, Kehadiran enam pegawai kanan Kedutaan Malaysia di London dalam pengurusan kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London, 2 Ogos lalu menarik perhatian laman berita portal internet itu.

“Dalam berita bertajuk “So Who Is Supporting ‘Opposition’ Pas Leader, Hadi Awang, In His Suit Againts SR?” (Siapakah yang membantu pemimpin ‘pembangkang’ Pas, Hadi Awang, dalam samannya terhadap Sarawak Report?), laman portal berita itu menyatakan rasa terkejut dengan kehadiran paling kurang enam pegawai kanan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dalam pengurusan kes saman Abdul Hadi terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi.

“Antara yang dikesan hadir ialah konsular politik pesuruhjaya tinggi Malaysia ke UK Mohd Hadrizammi Mustafa; pegawai media kedutaan Malaysia di UK Wan Rosli Wan Osman dan timbalan ketua setiausaha hubungan dua hala Jesse Quiban,” lapornya yang secara jelas berpihak kepada Sarawak Report.

“Jadi, apakah kepentingan kerajaan Malaysia dalam saman fitnah ‘ahli politik pembangkang’ terhadap seorang wartawan dan mengapa mereka menghabiskan banyak masa untuk menghantar kakitangan mereka,” soal Sarawak Report.

Sarawak Report turut melaporkan kos yang ditanggung presiden Pas untuk membayar khidmat peguam Carter Ruck yang berjumlah RM3000 (£500) sejam.

Malah Sarawak Report menganggarkan kos yang dibelanjakan presiden Pas bagi urusan mahkamah setakat ini adalah RM600,000 (£100,000).

Bagaimanapun peguam Abdul Hadi, Carter Ruck enggan menjawab soalan Sarawak Report berhubung jumlah perbelanjaan mahkamah yang ditanggung ahli parlimen Marang itu setakat ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s