Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) memperingatkan semua pihak termasuk penjawat-penjawat awam yang masih berkhidmat dengan badan perundangan, supaya tidak membuat sebarang keputusan dan tindakan yang boleh disifatkan mencabar dan menguji kesabaran umat Islam di negara ini. Mutakhir ini, PPP melihat terlalu banyak keputusan dan tindakan pelbagai pihak termasuk keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sivil yang boleh menghilangkan kesabaran umat Islam termasuk yang terkini berkaitan dengan isu ‘Bin Abdullah’.

Seharusnya semua pihak, dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan mengambil kira juga penghormatan terhadap Institusi Islam dan peka dengan sensiviti umat Islam. Dalam isu-isu seperti ini, sekiranya tidak ditangani secara berhemah boleh mencetuskan konflik yang boleh menggugat kestabilan negara. Sesuatu keputusan dan tindakan yang berasaskan pendekatan konvensional secara membuta tuli dengan tidak mempedulikan sensitiviti pihak lain akan mengundang pihak tersebut mengambil pendekatan konfronsional.

Di dalam sejarah negara, ‘Peristiwa Natrah’ menjadi contoh yang terbaik. Peristiwa ini cuba diselesaikan secara konvension dengan membicarakannya melalui Undang-undang British yang kemudiannya tidak memihak kepada hasrat bersama umat Islam. Ia diikuti pula oleh provokasi media-media penjajah ketika itu sehingga menyebabkan kemarahan umat Islam memuncak. Ekoran dari itu, umat Islam mengambil pendekatan tidak konvensional atau pendekatan konfronsional dengan membuat rusuhan.

PPP melihat, keputusan yang dibuat oleh Hakim-hakim Mahkamah Rayuan berkaitan isu ‘Bin Abdullah’ ini boleh mencabar dan menguji kesabaran umat Islam. Ia disusuli dengan kenyataan dan liputan media yang boleh menambahkan lagi kemarahan umat Islam. PPP melahirkan kebimbangan ada kelompok dari kalangan umat Islam yang akan memilih untuk tidak menghormat mahkamah disebabkan mereka melihat Islam sudah tidak dihormati. Oleh sebab itu, PPP mengharapkan penghormatan terhadap Institusi Islam dan sensitiviti umat Islam dapat dipelihara.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

Advertisements

2 thoughts on “Bin Abdullah : Jangan Ulangi Kes Natrah – Dr Zuhdi

  1. Satu ketika dulu ada pihak yg sanggup membuang peti tv mereka kerana takut menularnya gejala tidak sihat yg sering terisar di siaran tv tersebut dikalangan keluarga mereka dan masyarakat.Sekarang bebeda pula ,ada peraturan dan undang-undang yg di kuatkuasa kan atau mahu di kuat kuasakan kerana mahu mematuhi peraturan Islam dan mahu membendung gejala tidak sihat berkaitan ,tidak di gemari pula oleh sesetengah pihak,perlaksanaannya dihalang dan dianggap salah kerana bertentangan dgn ‘hak asasi’.Tapi bagaimana pula dgn hak asasi mereka yg pro perlaksanaan tersebut?.Semuga Allah melindungi dan memberi petunjuk kepada kita semua.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s