PSM Mahu Letak Calon Kerusi DUN, Parlimen Di Selangor

SHAH ALAM: Parti Sosialis Malaysia (PSM) berhasrat untuk meletakkan calonnya di lima kawasan DUN dan tiga kawasan Parlimen di Selangor dalam menentang blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Abdul Razak Ismail yang merupakan bekas Setiausaha NGO pro-pembangkang (Otai Reformasi) yang baru sahaja menyertai PSM, berkata beliau melihat peluang parti itu untuk menang walaupun agak tipis.

“Dalam perancangannya PSM akan bertanding lima DUN dan tiga kawasan Parlimen di negeri Selangor. Antaranya Sri Muda, Pelabuhan Klang, Semenyih, Kota Damansara dan Kajang.

“Parlimennya adalah Parlimen Subang dan Parlimen Hulu Langat. Jadi ini adalah langkah pertama untuk mengembangkan sayapnya memandangkan sejak kebelakangan ini agak memberangsangkan,” katanya selepas majlis santai minum pagi di Taman Sri Muda, awal pagi tadi.

Abdul Razak dikatakan bakal menjadi calon PSM bagi kerusi DUN Sri Muda memberitahu, tidak akan timbul isu pecah undi dalam kalangan pembangkang jika parti tersebut menyertai pilihanraya akan datang.

“Kita melihat bahawa PH ini merasakan mereka itu kuat sebenarnya. Mereka mengatakan bahawa mereka banyak program, berderet lah programnya. Tetapi bila kala PSM kata nak bertanding sesuatu kawasan itu, mereka panik.

“Maknanya kekuatan PH itu tidak sekuat mana. Kalau mereka kuat gunakan isu 1MDB dan DOJ dan sebagainya untuk tumbangkan Umno dan Barisan Nasional. Itu isu besar. Dalam isu ini bila PSM nak bertanding dekat kawasan mereka bangkit isu PSM akan pecahkan undi mereka.

“PH kena ingat tanpa PAS dalam komponen mereka besar kemungkinan PAS juga akan bertanding disini. Jadi tidak ada alasan mengatakan bahawa PSM pecah undi, PAS pun pecah undi. Saya melihat bahawa pilihanraya ini ‘best man win’. Siapa yang boleh tarik minat penundi setempat dia lah menang. tidak ada bangkit isu yang mengatakan bahawa pecah undi dan sebagainya,” tambahnya.

Sebelum ini, Abdul Razak merupakan antara pemimpin NGO reformasi penyokong teguh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar, melepaskan jawatan susulan gerakan berpengaruh itu menolak penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai Pengerusi dalam PH.

Beliau mengambil keputusan itu kerana mahu menjadi calon PSM untuk menentang PH pada pilihan raya umum yang akan datang.

Ujarnya, beliau bertekad untuk menentang PH ekoran tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir dalam pakatan pembangkang itu.

PSM kini hanya menyandang kerusi Sungai Siput yang dimenangi Dr Jeyakumar atas tiket PKR.

Parti itu pernah bertanding di beberapa kerusi DUN lain pada PRU lalu, antaranya Semenyih, Kota Damansara, dan Jelapang, tetapi tewas – AP

Advertisements

One thought on “PSM Mahu Letak Calon Kerusi DUN, Parlimen Di Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s