Semua Lantikan Politik PKR Kelantan Letak Jawatan Serta Merta

AIDCNews -07/08/17 –Semua lantikan politik dari PKR dalam Kerajaan Negeri Kelantan akan letak jawatan serta merta, kata Ketua Penerangan PKR Mohammad Azihan Che Seman.

“Selepas PAS memutuskan ikatan dengan PKR pada Mei, biro politik PKR mengarahkan semua ahli yang memegang jawatan daripada lantikan politik di Kelantan melepaskan kedudukan masing-masing, dalam satu surat daripada setiausaha agung parti pada 17 Mei.

“PKR Kelantan bertemu dua kali, pada Mei dan Jun untuk membincangkan perkara itu, dan dipersetujui tujuh ahli akan meletak jawatan pada 31 Julai, seperti diarahkan kepimpinan pusat,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, aktivis PKR yang meletak jawatan dalam ahli majlis di majlis daerah adalah seperti berikut:

* Bendahari Pemuda PKR Kelantan Mohd Khairul Anuar Azhan (Majlis Daerah Kerteh);

* Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Mohd Khairul Amin Abd Rahman (Majlis Darah Tumpat);

* Setiausaha Pemuda PKR Kelantan Mohd Syahid Mohd Kamaruddin (Majlis Daerah Dabong);

* Ketua Bahagian PKR Gua Musang Zulqarnain Zakaria (Majlis Daerah Gua Musang);

* Ketua Pemuda PKR Machang Muhammad Arif Mukhtar (Majlis Daerah Machang);

* Ketua Wanita PKR Machang Women Chu Jok Lan (Majlis Daerah Machang);

* Bendahari PKR Machang Tan Teck Seng (Majlis Daerah Machang).

Daripada tujuh ahli berkenaan, hanya Khairul Anuar secara rasmi mengangkat sumpah sebagai ahli majlis.

Krisis kerjasama politik PKR dan Pas tercetus apabila Majlis syura Pas Pusat telah memutuskan hubungan dengan PKR sejurus selepas muktamar Pas 2017.

Ekoran keputusan tersebut PKR melalui keputusan Biro Politik parti telah bermesyuarat dan bersetuju mengarahkan semua lantikan politik PKR negeri Kelantan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini telah disampaikan melalui surat Setiausaha Agung PKR bertarikh 17 Mei 2017.

Majlis Pimpinan PKR Negeri Kelantan (MPN) telah mengadakan mesyuarat khas MPN pada 17 Mei dan sekali lagi pada 5 Jun 2017 dengan mengambil ketetapan bersetuju menerima keputusan Biro Politik PKR.

Walau bagaimana pun, keputusan untuk meletak jawatan dipersetujui untuk dilaksanakan pada 31 Julai 2017, namun tidak dilakukan sebagaimana yang dijadualkan.

Advertisements

One thought on “Semua Lantikan Politik PKR Kelantan Letak Jawatan Serta Merta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s